Subhanallah

Jumaat, 18 Mac 2011

SYAIR AL-ABBADI BUAT RASULULLAH


Pada suatu malam, Al-Abbadi menyendiri untuk solat dan menyenandungkan beberapa bait syair:

Janganlah terbenam wahai matahari

Sebelum habis pujianku terhadap keluarga

Al-Mustafa (Muhammad saw) dan anaknya

Hendaklah kau mengerakkan awanmu jika engkau ingin memuji mereka

Apakah kau lupa bahawa engkau berdiam untuk dia

Jika engkau berdiam adalah untuk dia

Maka jadikanlah diammu tersebut juga sebagai naungan untuk pasukan

berkuda dan infanterinya.

Ibnu Jauzi berkata, "Maka matahari pun muncul dari balik awan. Al-Abbadi hidup selama 56 tahun, semoga Allah merestuinya."

Nama sebenar Al-Abbadi ialah Abu Mansur Al-Muzaffar bin Ardasyir Al-Mawarzi Al-Abbai diberi julukan dengan Al-Amir. Beliau ialah seorang pemberi nasihat yang menyenangkan.

Ibnu Jauzi berkata lagi, "Dia memiliki perbendaharaan kata-kata yang bagus, banyak orang yang mengutip nasihatnya kemudian dijadikan ke dalam buku yang berjilid-jilid."

Al-Abbadi wafat pada tahun 547H.



Rujukan:
Siyar A'lam An-Nubala' (Jilid 4) karya Imam Az-Zahabi

1 ulasan:

  1. Marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda sayang kita kepada kekasih kita.Kalau kekasih kita dilukai sudah pasti kita akan mencari siapa yang melukai kekasih kita,tetapi apabila kekasih kita (Nabi Muhammad S.A.W) dihina apakah tindakan kita? Kenapa kita tidak mendoakan nabi supaya elak dari difitnah dan dihina oleh kuffar bahkan ada sesama muslim yang menghina nabi kita,,,,wahai masyarakat akhir zaman bangunlah dan sedar dari lamunan maksiat,,,bertaubatlah,,,

    BalasPadam