Subhanallah

Jumaat, 26 Ogos 2011

RENUNGKANLAH....


Aminah AsSilmi
Sebelum menganut agama Islam beliau merupakan seorang wanita yang menjadi ketua pembebasan wanita Amerika Syarikat,(Women Liberation).Beliau juga merupakan seorangpenganut mazhab Baptist yang sangat kuat berpegang kepada agama Kristian.Sebelum menganut agama Islam,beliau terlalu prejudis dengan orang-orang Islam dan Arab menyebabkan beliau berusaha untuk mengkristiankan mereka.Beliau pernah berkata kepada pelajar-pelajararab yang sedang menuntut di sebuah sekolah di Amerika Syarikat bahawa satu-satunyajalan untuk  mereka selamat ialah dengan mengakui bahawa Nabi Isa sebagai penyelamat mereka.Menurut beliau,pelajar-pelajar Arab tersebut bersikap lembut dan tidak marah kepadanya, malah ada seorang pelajar telah memberikannya senaskhah al-Quran dan beberapa buah buku Islam.Aminah Assilmi berkata bahawa dengan al-Quran dan buku-buku yang telah diberikan oleh pelajar tersebut,beliau membaca al-Quran yang telah diterimanya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.Beliau tidak menyangka bahawa al-Quran yang dibacanya menyebabkan beliau semakin berminat untuk memahami agama Islam.Dan akhirnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah.


Johan Wolfgang von Goethe
Goethe merupakan seorang penyair, novelis, penulis dramadan ahli falsafah tabii German dan dianggap sebagai seorang tokoh besar dalam literature Barat.Beliau dilahirkan pada tahun 1749 dan meninggal dunia pada tahun 1832.Beliau dipercayai beragama Islam.Tulisan-tulisan beliau banyak yang memujiIslam danNabiMuhammad .Dalam satu tulisan beliau yang dipetik oleh T.P.Huges dalam buku berjudul Dictionary Of Islam Goethe dilaporkan berkata “Berapa kerap sekalipun kita membacanya (al-Quran)…,ia akan menarik minat kamu menakjubkan dan pada akhirnya mengukuhkan rasa hormat kepadanya …gayanya berdasarkan kepada kandungannya dan tujuan adalah tegas , hebat, sesekali dahsyat dan benar-benar menakjubkan.


Profesor Ibrahim Stoke dan Halimah Stoke
Professor Ibrahim Stoke pada asalnya bernama Abraham Stokes.Sebelum menganut Islam beliau teringin mengetahui tentang Islam.Beliau merupakan seorang professor dalam bidang kajibumi (geologi).Peristiwa bagaimana beliau beiman kepada Allah diceritakan oleh beliau sendiri dalam satu progam IIS Islam yang berpusat di Carlifornia yang disiarkan oleh sebuah stesen tv Malaysia pada tahun 80-an.Menurut beliau sendiri beliau ingin tahu tentang al-quran dan secara kebetulan terjumpa al-Quran terjemahan oleh Marmaduke Pithall,seorang Inggeris yang beragama Islam ,di sebuah perpustakaan.Beliau telah meminjam al-Quran terjemahan tersebut dan membawa bersama-sama ketika beliau membuat kerja lapangan di Gunung Rocky.Semasa berehat,beliau telah membaca al-Quran tersebut dan beliau tertarik dengan kandungan al-Quran dan terus beriman kepada Alla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan