Subhanallah

Sabtu, 7 Januari 2012

BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA

Pada hari akhirat akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur. Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s berkata:" Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy : "Aku mencari 5 jenis orang iaitu: 

 - Orang yang tidak mengerjakan solat
 - Orang yang tidak mahu mengeluarkan
    zakat
 - Orang menderhakai ibu bapanya
- Orang yang suka minum arak
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan