Subhanallah

Isnin, 27 Februari 2012

Kesabaran Rasulullah...

Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.
( riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah. Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy. Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya. Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

kesalahan ada keampunan???

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
(riwayat Bukhari)
Huraian Hadith:
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha'kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Ahad, 26 Februari 2012


USRAH

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah.Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapisTanpa usrah yang betul matlamat yang perlu a, da pada mana-mana gerakan tidak akan tercapai.Segala keputusan akan dapat dilaksanakandengan baik apabila konsep usrah dipratikkan dalam gerak kerja jamaah.Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata bahkan ia merupakan satu majlis yang bertujuan meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan maslah organisasi dalam jamaah.Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memeberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.

Definisi usrah:
usrah bermakna keluarga.Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang hubungan sesama angggota usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh ulama,gerakan ialah kumpulan individu Islam yan beriman kepada Allah,berusaha untuk tolong-menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam.Mereka ini melkukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah: "Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran"  (surah al-Asr 103:3)
Kesimpulannya, usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantapdi kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar.Tegur-menegur antara jamaah
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
( riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir,  kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

BAKHIL

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.
(riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

SEDEKAH MEMBAWA BERKAT



Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.
(riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"
( riwayat al-Hakim)


Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

MARI KENALI MAKHLUK ALLAH YANG SANGAT TAAT...MALAIKAT

Allah berfirman :
" Segala puji bagi Allah Pencipta Langit dan Bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat.Allah menambahkan pada ciptaanNya apa-apa yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

(surah al-Fathir : 1)

Malaikat adalah makhluk yang unik dicipta oleh Allah berbeza dengan kejadian manusia.Mereka makhluk yang bersayap, diciptakan daripada cahaya, dan boleh menjelma dengan rupa lelaki yang kacak serta berperanan sebagai utusan Allah dalam pemerintahan Allah yang luas.

Di antara sifat-sifat malaikat ialah:

-Tidak mempunyai jantina lelaki atau
   perempuan
-Tidak berkahwin dan tidak
  berketurunan
-Tidak makan dan tidak minum
-Tidak tidur
-Tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia
-Sentiasa beribadah dan mentaati Allah serta tidak pernah melakukan maksiat






              Wahai saudara ku sekalian, kenapa manusia masih sombong dan takbur? Manusia merasakan mereka lebih hebat dan mulia.Bangga dengan ilmu, harta dan pangkat,,kenapa?