Subhanallah

Rabu, 4 April 2012

Hidup di suasana pondok

Pondok - amat terkenal di Malaysia sebagai institusi agama yang amat menitik beratkan ilmu agama, suasana di sana amat berbeza di dunia luar, kekadang orang kate budak pondok nie jumud dan tidak berfikiran terbuka, ada seorang ustaz di pondok yang penulis kenal, beliau seorang yang warak, tetapi yang penulis hairan dengan beliau ialah, bagaimana beliau boleh tahu tentang dunia luar padahal beliau cuma terperap di dalam pondoknye je,,,,,,itulah karamah Allah berikan kepada hambanya yang terpilih,...kekadang beliau pandai berbicara tentang dunia melebihi seorang menteri,....beliau tahu berbahasa inggeris,,,,,,,,,

di pondok , ikhtilat (hubungan) antara bukan mahram amat menitik beratkan akan syariat Islam, amat jarang pelajar lelaki nampak pelajar perempuan,,,suasana di pondok boleh di kenali sebagai biah tarbiyah (suasana mendidik) bagi sesiapa yang hati kotor atau runsing, bolehlah pergi ke pondok,,,,pondok umpama gedung ilmu agama di Malaysia, pengajian sunnah seperti pengajian talaqi amat dititik beratkan oleh nabi, berkata syeikh Ali Juma`h, rukun ilmu ada lima 1guru 2 kitab 3 pelajar 4 suasana 5manhaj.....syeikh Ali Jum`ah ialah mufti mesir.......

berlainan di universiti, memang pengajian berteraskan talaqi ( guru bersemuka dengan pelajar) tetapi suasana ilmu itu kurang dan adab pelajar dengan guru kurang memuaskan, tetapi tidak semua universiti macam tu,,,,pondok sistem nye mudah sahaja....semua orang Islam berpeluang untuk belajar, ada seorang penuntut pondok yang penulis sempat berjumpa "abg belajar kat sini berape tahun", dia jawab" abg belajar baru je lagi, 7 tahun.." wa terkejut saye....abg tue seorang ummi ( tak tahu baca dan tulis) tetapi die sudah berkahwin.....Islam itu untuk semua kaum Islam tidak perlu kepada kepujian dalam result spm sahaje....

bersangka baiklah kita pada budak2 pondok nie,,,mereka bukan malas bekerja, jika kita menyelami hidup mereka ada di antara mereka yang bekerja dan tinggal di situ, dan ade yang tinggal di luar kawasan pondok, ...suasana nya terhindar dari maksiat yang bertebaran di luar sana, tetapi mereka open minded ( berfikiran terbuka) lebih dari kita....bahkan teknologi mereka lebih canggih dari kita......peliharalah sistem talaqi di Malaysia, dan sayangi lah Tok Guru2 pondok , sesungguhnya mereka penuh ilmu di dada, bukan sekadar sesuatu bidang sahaja tetapi meluas....pelihara mereka,,,mereka adalah aset dan harta khazanah negara kita Malaysia yang di sayangi......

1 ulasan:

  1. di antara pondok yang terkenal dan berdaftar ialah pondok yang penulis pergi (seminggu je) Pondok Madrasah al-Latiffiah, di Kg Kuak Ulu, Pengkalan HUlu, Perak Darul Ridzuan.....

    BalasPadam