Subhanallah

Sabtu, 21 Julai 2012

orang yang beruntung

-adalah mereka dapat kecapi nikmat Ramadhan dengan penuh ketaatan dan keredhaan Allah

Jumaat, 13 Julai 2012

Habibana Kazim Ja`afar as-Saqqaf

Dunia melahirkan pelbagai tokoh yang mempunyai latar belakang yang berbeza

Dunia nie melahirkan pelbagai tokoh.
Tokoh yang terbaik ialah mereka yang mampu memberi sumbangan yang terbesar kepada dunia.
Ade jugak dikalangan mereka yang memepunyai sejarah hitam dan peristiwa yang amat memberi makna kepada dunia, sehingga kejahatan mereka didewa-dewa oleh segolongan tertentu.

Sesunggunha tokoh yang amat terbaik ialah Nabi Muhammad sollahallah a`laihi wasallam, kerana baginda mempunyai banyak tanggungjawab. Baginda adalah seorang bapa, panglima tentera, perdana menteri, rasul, ketua para nabi dan kekasih Allah. Dan tugas utama diutuskan baginda ialah membawa rahmat kepada sekalian alam.
Cube kita bayangkan dan fikirkan , mane ade tokoh sebegini, walaupun sudah wafat hampir 1500 tahun yang lalu, tetapi fungsi baginda masih beroperasi dan amat penting dalam pelbagai aspek, baginda umpama berinteraksi dengan kita. Kerana kita masih merujuk kepada hadis sebagai tunjang ke-2 selepas al-Quran dalam menjatuhkan sesuatu hukum-hukum dalam Islam.

Semua umat di dunia ini amat susah untuk mentaati nabi mereka walaupun nabi mereka masih hidup sezaman dengan mereka , contohnya, pada zaman nabi Musa alaihisalaam. Nabi Musa meninggalkan mereka hanya 40 hari sahaja semata-mata untuk menerima wahyu dan beribadah kepada Allah,tetapi mereka telah pun kufur kepada Allah dan menyembah lembu Samiri. Ini bukti menunjukan bahwa kita umat Nabi Muhammad yang terbaik. Sesungguhnya, syurga Firdaus nanti kebanyak akan dipenuhi oleh umat Nabi Muhammad.

Oleh itu, kita masih berpegang dengan agama Allah ini walaupun baginda sudah wafat hamoir 1500 tahun yang lalu. Maka marilah kita mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah agar kita tergolong daripada orang yang terpilih oleh Allah .

Khamis, 12 Julai 2012

Ramadhan Karim

Hampir seminggu lagi kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang karim (mulia), sesungguhnya para sahabat Rasulullah sollallah a`laihi wasaalam tidak sabar akan kedatangan Ramadhan, dan mereka akan sedih akan pengakhiran Ramadhan
Minggu lepas saye berpeluang mengikuti majlis ilmu bersama dengan Habibana Kazim Ja`afar as-Saqqaf, beliau mempunyai salasialh berketurunan Nabi Muhammad sollallah a`laihi wasallam.
Beliau banyakmemberi nasihat yg sangat bermanfaat kepada hadirin dan hadirat yang datang, di Malaysia fenomena ziarah ulama Yaman ke Malaysia semakin kerap, itu membawa suatu keberkatan dan mampu mencorak biah Islamiah dan mentarbiah diri individu hadirin yang hadir,
sesungguhnya Nabi membawa dakwah Islam bukan hanya pada ucapan dan khutbah semata-mata, tetapi melalui akhlak yang terpuji, kekadang ade org kafir memeluk Islam semata-mata akhlak baginda yang mulia.


di antara nasihat Habibana ialah, 
1- sebelum menjelang Ramadhan ,pasangkan niat yg baik bagi melalui Ramadhan
2- cuba menghidupkan sunnah baginda
3- berbuka puasa dengan buah tamar, tak sama bukak puasa buah tamar dengan laicikang, kerana pahala akan diperolehi lebih bayak jika mengamalkan sunnah baginda
4- megkhatamkan al-Quran 30 juzuk


tujuan kita menghadiri majlis sebegini adalah untuk belajar dari segi pratikal gaya hidup dan akhlak pewaris nabi ini, mereka golongan muqarrabiin sentiasa ingat Allah dan mengamalkan sunnah baginda bukan setakat pada pakaian sahaja tetapi akhlak dan suasana.

Ahad, 8 Julai 2012

ANTARA INDIVIDU YANG MUSTAJAB DOA

1) seorang muslim yang mendoakan saudaranya

"doa seorang mukmin buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab.atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata: `Amin, dan buatmu juga seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya)." (riwayat Muslim)

2) orang berpuasa

3) pemimpin yang adil

"tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.") (riwayat al-Tirmizi)

4) orang yang dizalimi

"doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri." (riwayat Ahmad)

5) ibu bapa

6) musafir
"tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya." ( riwayat al-Tirmizi)

7) si anak yang berdoa buat ibu bapanya
"Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga.hamba itu bertanya,"wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh daat semua ini?.Allah menjawab : "dengan istigfar oleh anakmu untukmu!"

8) mujahid di jalan Allah


product yang diperolehi daripada majlis ilmu

pada 8 jun 2012 yang lalu ,saye berpeluang yang diberikan oleh Allah kepada saye untuk mengikuti kuliah mingguan di MATIN (maahad tahfiz imam Nawawi) , arau.
satu perkara yg xdapat saye lupekan ialah, suatu cerita suami isteri pada bulan Ramadhan,
si suami dlm keadaan yang malas, berkata kepada si isteri, " yang, belikan ja juadah berbuka kita, abg malas laa," si isteri yang dalam keadaan yang letih terus pergi ke bazar Ramadhan yg sangat hampir dgn tempat parking moto sepasang suami isteri itu,,
setelah sekian lama si isteri beli juadah sambil muka menunjukkan riak wajah yg sangat letih bercampur bengang kerana dipaksa oleh si suami, si isteri pon berkata, " jom abg, saye dah beli juadah untuk berbuka ".
mereka pon menunggang motosikal same2....setelah beberapa kilometer, si isteri menjerit, " ya Allah, org lain kaa??,"...rupe2 nye itu bukan suami dia, dia tersilap menunggang moto,..
si suami tunggu si isteri, " mane isteri aku ni,,,kate letih, tapi shopping sakan,"..

_KISAH BENAR BERLAKU KAT PERLIS_