Subhanallah

Jumaat, 13 Julai 2012

Dunia melahirkan pelbagai tokoh yang mempunyai latar belakang yang berbeza

Dunia nie melahirkan pelbagai tokoh.
Tokoh yang terbaik ialah mereka yang mampu memberi sumbangan yang terbesar kepada dunia.
Ade jugak dikalangan mereka yang memepunyai sejarah hitam dan peristiwa yang amat memberi makna kepada dunia, sehingga kejahatan mereka didewa-dewa oleh segolongan tertentu.

Sesunggunha tokoh yang amat terbaik ialah Nabi Muhammad sollahallah a`laihi wasallam, kerana baginda mempunyai banyak tanggungjawab. Baginda adalah seorang bapa, panglima tentera, perdana menteri, rasul, ketua para nabi dan kekasih Allah. Dan tugas utama diutuskan baginda ialah membawa rahmat kepada sekalian alam.
Cube kita bayangkan dan fikirkan , mane ade tokoh sebegini, walaupun sudah wafat hampir 1500 tahun yang lalu, tetapi fungsi baginda masih beroperasi dan amat penting dalam pelbagai aspek, baginda umpama berinteraksi dengan kita. Kerana kita masih merujuk kepada hadis sebagai tunjang ke-2 selepas al-Quran dalam menjatuhkan sesuatu hukum-hukum dalam Islam.

Semua umat di dunia ini amat susah untuk mentaati nabi mereka walaupun nabi mereka masih hidup sezaman dengan mereka , contohnya, pada zaman nabi Musa alaihisalaam. Nabi Musa meninggalkan mereka hanya 40 hari sahaja semata-mata untuk menerima wahyu dan beribadah kepada Allah,tetapi mereka telah pun kufur kepada Allah dan menyembah lembu Samiri. Ini bukti menunjukan bahwa kita umat Nabi Muhammad yang terbaik. Sesungguhnya, syurga Firdaus nanti kebanyak akan dipenuhi oleh umat Nabi Muhammad.

Oleh itu, kita masih berpegang dengan agama Allah ini walaupun baginda sudah wafat hamoir 1500 tahun yang lalu. Maka marilah kita mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah agar kita tergolong daripada orang yang terpilih oleh Allah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan