Subhanallah

Khamis, 12 Julai 2012

Ramadhan Karim

Hampir seminggu lagi kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang karim (mulia), sesungguhnya para sahabat Rasulullah sollallah a`laihi wasaalam tidak sabar akan kedatangan Ramadhan, dan mereka akan sedih akan pengakhiran Ramadhan
Minggu lepas saye berpeluang mengikuti majlis ilmu bersama dengan Habibana Kazim Ja`afar as-Saqqaf, beliau mempunyai salasialh berketurunan Nabi Muhammad sollallah a`laihi wasallam.
Beliau banyakmemberi nasihat yg sangat bermanfaat kepada hadirin dan hadirat yang datang, di Malaysia fenomena ziarah ulama Yaman ke Malaysia semakin kerap, itu membawa suatu keberkatan dan mampu mencorak biah Islamiah dan mentarbiah diri individu hadirin yang hadir,
sesungguhnya Nabi membawa dakwah Islam bukan hanya pada ucapan dan khutbah semata-mata, tetapi melalui akhlak yang terpuji, kekadang ade org kafir memeluk Islam semata-mata akhlak baginda yang mulia.


di antara nasihat Habibana ialah, 
1- sebelum menjelang Ramadhan ,pasangkan niat yg baik bagi melalui Ramadhan
2- cuba menghidupkan sunnah baginda
3- berbuka puasa dengan buah tamar, tak sama bukak puasa buah tamar dengan laicikang, kerana pahala akan diperolehi lebih bayak jika mengamalkan sunnah baginda
4- megkhatamkan al-Quran 30 juzuk


tujuan kita menghadiri majlis sebegini adalah untuk belajar dari segi pratikal gaya hidup dan akhlak pewaris nabi ini, mereka golongan muqarrabiin sentiasa ingat Allah dan mengamalkan sunnah baginda bukan setakat pada pakaian sahaja tetapi akhlak dan suasana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan