Subhanallah

Selasa, 15 Januari 2013

Angkat tangan

pendpt jumhur (majoriti) ulama mengenai waktu bila perlu angkat tangan ketika takbir di 4 tempat :

! takbiratulihram
! takbir ketika ingin rukuk
! takbir ketika bangkit drpd rukuk
! takbir ketika bangkit drpd tahiyat awal

Jumaat, 11 Januari 2013

AMRAD` LELAKI CANTIK ?





Remaja : ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan amrad` ?
Ustaz : amrad’ diambil daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud bersih kedua-dua pipinya daripada bulu. Dari segi istilah pula, amrad’ bermaksud seseorang lelaki yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya. Secara mudahnya, amrad’ ialah seorang lelaki yang mempunyai wajah yang `cantik` dan boleh menarik perhatian sama ada lelaki mahupun wanita. Hal ini berbeza mengikut `uruf individu, susana dan situasi tempat masing-masing.

Remaja : apakah hukum melihat amrad` dan duduk bersendirinya dengannya ?
Ustaz : mazhab Hanafi dan Syafi`i menetapkan, sekiranya wajah lelaki amrad` tersebut tidak menarik perhatian tidaklah sampai membawa kepada fitnah, maka hukumya sama dengan lelaki biasa iaitu harus dan tiada halangan untuk melihatnya. Begitu juga, harus hukumnya segala muamalah yang berkaitan sesama lelaki. Walau bagaimanapun, sekiranya lelaki  amrad`  tersebut memiliki wajah yang menarik dan boleh membawa kepada fitnah, maka perlu dilihat kepada dua keadaan :

1)   Sekiranya melihat dan bersendirian dengannya tanpa niat untuk menikmati dan berseronok dengannya serta aman daripada fitnah, maka hukumnya adalah harus.
2)   Sekiranya melihat dan bersendirian dengannya dengan niat untuk menikmati keelokan wajahnya, merasai keseronokan melihatnya, maka hukumnya adalah haram.

Remaja : bolehkah berjabat tangan dengan amrad` ?
Ustaz : jumhur ulama berpendapat, berjabat tangan dan menyentuh amrad` dengan syahwat hukumnya haram. Sudah boleh difahami, hukum melihatnya dengan syahwat pun sudah diharamkan, inikan pula bersentuhan dengannya yang lebih dekat membawa kepada fitnah dan syahwat. Adapun jika bukan untuk berseronok, tetapi dikhuatiri timbul syahwat, maka makruh berjabat tangan dan menyentuhnya.


Remaja : apakah hukum amrad` menjadi imam ?
Ustaz : jumhur  fuqaha` mazhab Hanafi, Syafi`i dan Hanbali menyatakan makruh untuk solat di belakang amrad` kerana dia boleh membawa kepada fitnah. Namun, harus difahami bahawa solat di belakangnya sah. Tetapi, sekiranya ada orang lain yang boleh menjadi imam, maka terlebih utama untuk dia menjadi imam.

Remaja : adakah batal wudhuk menyentuh amrad` ?
Ustaz : pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama mazhab Syafi`i dan Hanbali menyatakan bahawa menyentuh amrad` tidak membatalkan wudhuk. Berbeza pula dengan pandangan para ulama Maliki yang mengatakan batal wudhuk apabila menyentuh dengan syahwat.



Remaja : bolehkah ustaz berikan beberapa panduan ketika berurusan dengan amrad` ?
Ustaz : Allah Ta`ala menurunkan peringatan-Nya yang bermaksud : “ katakanlah kepada golongan lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. “ (surah an-Nur 24 : 30 ). Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir tidak mengkhususkan `menundukkan pandangan` hanya kepada wanita. Beliau menyebutkan pandangan sebahagian besar para ulama alaf yang melarang memandang ke arah amrad`. Apa yang dapat kita fahami, para ulama terdahulu telah mengesan betapa bahayanya fitnah yang boleh timbul disebabkan amrad` dan kadang-kadang lebih bahaya daripada fitnah wanita. Justeru, pemuda pemudi di luar sana hendaklah menundukkan pandangan dan menjaga hati tatkala bersama dengan golongan sebegini. Ketika ingin berurusan dengan amrad` , lakukan  sekadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hati dan anggota badan ketika berurusan. Lakukan secara beradab dan tidak mengambil kesempatan terhadap mereka. wAllahu a`lam.   J

cinta ku pd baginda saidina nabi Muhammad sollAllahu a`laihi wa sallam

.: ALLAHUMMA SOLLI A`LA SAIDINA MUHAMMAD WA A`LA ALIHI WA SOHBIHI WA BAARIK WA SALLIM :.

Sabtu, 5 Januari 2013

.:: SOLAT ::.

sesungguhnya amalan yg mula2 dihisab (diperhitungkan) drpd seorg hamba pd hari kiamat ialah solat. maka Allah berfirman kpd para malaikat-Nya, dan Ia Maha Mengetahui : " telitilah pd solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau menguranginya. " sekiranya lengkap sempurna maka ia ditulis sempurna, kiranya ada yg kurang, maka Allah berfirman : " Adakah terdpt solat2 sunat yg dikerjakannnya ? " sekiranya solat2 sunat ada, Allah berfirman :" sempurnakanlah bagi hamba-Ku pd solat fardhunya drpd solat sunatnya. " kemudian, segala amalan dihitungnya melalui cara itu ."

( riwayat Abu Daud, hadis shahih )

Rasuah

 .: harta yg diperolehi krn selesainya suatu kepentingan manusia ( baik utk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan ) yg sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan

INGAT !!!

INGATLAH !!! datangnya kita ke dunia ini dengan sebab ihsan, rahmat dan belas drpd Allah. justeru peluang dan ruang yg dianugerahkan ini wajib disyukuri melalui solat. kemuncak bagi mensyukuri  nikmat ini adalah dgn menuruti arahan dan jauhi larangan Allah.

INGATLAH !!! lahirnya kita ke dunia ini dgn tugas dan tanggungjawab. seluruh tanggungjawab ini telah ditentukan dari awal al-Quran dan al-Hadis.seluruh anugerah nikmat nyawa, udara dan lain2 perlu dibyr dgn ketaatan kpd Allah.

INGATLAH !!! segala arahan dan larangan yg termaktub dlm senarai tanggungjawab kita sbg hamba Allah itu akan disemak satu persatu tanpa lali oleh Allah di padang mashyar kelak.