Subhanallah

Jumaat, 22 Februari 2013

Rukun Islam

Rukun Islam terbahagi kpd 5 bahagian :

1)  Mengucap 2 kalimah syahadah, mengakui bahawa tiada Tuhan yg layak disembah dgn sebenarnya melainkan Allah serta mengakui bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah

-kalimah ini amat penting utk umat Islam, ia terkandung tuntutan yg mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Dr Yusof al-Qardhawi menyebutkan dlm kitab beliau " Kewajipan Pemuda Hari Ini " terdpt 4 kewaipan muslim, iaitu [1] mempelajari Islam [2] mengamalkan Islam [3] berdakwah dan menyebarkan Islam [4] bergabung diri dgn gerakan Islam.

-kalimah ini adalah kalimah tauhid, bykkan mengamalkan kalimah ini dlm kehidupan seharian dgn cara mengamalkan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.

-Nabi Muhammad adalah bersifat basyariah (kemanusiaan). tetapi nabi bukan macam manusia biasa, segala sifat kesempurnaan bagi makhluk ada pada diri, perbuatan, sifat dan percakapan baginda. Oleh itu, tidak heranlah, usaha dakwah dan tarbiyah Nabi Muhammad sollAllahu a`laihi wa sallam diteruskan oleh pewaris2 Nabi walaupun sudah beribu tahun nabi telah meninggalkan kita, siapa pewaris2 nabi ?...." ulama pewaris para nabi "...itulah ungkapan hadis daripada Saidina Muhammad sollAllahu a`laihi wa sallam. Apakah yg dimaksudkan oleh Nabi dan Rasul...[Nabi] seorang lelaki yg merdeka yg diutuskan bersama dgnnya wahyu dari Allah dan wajib diamalkan oleh diri nya sendiri shj. [Rasul] seorang lelaki yg merdeka yg diutuskan oleh Allah bersama dgn nya wahyu dari Allah dan wajib diamalankan oleh nya dan org lain dan wajib disampaikan kpd masyarakat lain. Ciri2 seorng nabi itulah adalah [1] lelaki : mustahil nabi dari kalangan wanita. [2] merdeka [3] sempurna panca indera [4] dipilih oleh Allah

2) Mendirikan solat.

- " Solat merupakan tiang agama, maka barangsiapa yg mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama. Dan barangsiapa yg meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama nya "
- solat fardhu ada 5 waktu, [1] zohor [2] asar [3] maghrib [4] isyak [5] subuh.

-sesungguhnya solat itu dpt mencegah drpd melakukan perkara fahsya` [ maksiat/kesalahan yg berkaitan dgn kemaluan] dan munkar [ maksiat/kesalahan yg tidak berkaitan dgn kemaluan].

3) Mengeluarkan zakat

* sebahagian kitab meletakan puasa di bulan Ramadhan dahulu drpd keluarkan zakat.
- Apa tujuan keluarkan zakat ? tujuan nya adalah membersihkan harta pemilik drpd unsur2 yg syubhah serta sebagai bantuan kpd golongan 8 asnaf zakat.

- 8 asnaf zakat adalah [1] orang fakir : org yg tak berharta, tiada mata pencarian atau mepunyai hasil pendapatan yg tak sampai separuh keperluan asas. [2] org miskin : org yg mempunyai harta tapi sekadar dpt menampung separuh atau lebih keperluan semasa bagi diri dan tanggungannya. [3] amil : pemungut zakat yg ditauliahkan oleh pemerintah [4] muallaf : mereka yg baru memeluk Islam yg keislamannya terumbang - ambing lagi [5] hamba ( al- riqab ) : mereka yg diberi peluang oleh tuannya menebus diri tetapi tiada kemampuan. [6] org yg berhutang : penanggung hutang yg menepati syarak seperti berhutang utk kepentingan umum tetapi tak mampu melunaskannya [7] fi sabilillah : mereka berjuang / berjihad demi kepentingan Islam [8] ibn sabil : mereka yg kehabisan belanja utk meneruskan perjalanan yg bertujuan baik

4) Berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan 

-menahan diri drpd melakukan perkara2 yg membatalkan puasa bermula drpd terbit fajar sehingga terbenam matahari

5) Melaksanakan ibadah haji di Baitullah ( Kaabah ) bagi mereka yg berkemampuan menunaikan syaratnya.

- Kaabah merupakan simbolik bagi Makkah

-kewajipan melakukan haji adalah sekali seumur hidup sekali, kewipan tersebut ada sekiranya cukup syarat2 perlaksanaan haji. Sepertimana ibadah haji, ibadah umrah juga merupakan wajib bagi individu muslim yg cukup syarat2 perlaksanaannya.

- Syarat2 perlaksanaan haji adalah [1] mampu sediakan perbelanjaan tunaikan haji : utk diri sendiri dan meninggalakan nafkah secukupnya utk ahli keluarga peninggalannya [2] mempuyai kenderaan pergi dan balik [3] aman perjalanan : utk diri dan harta drpd gejala penyakit, peperangan, bencana alam dan sebagainya. [4] tubuh yg sihat [5] mempunyai kelapangan masa : seperti cuti, bebas drpd kongkongan dan sebagainya [6] perempuan mestilah menunaikan haji bersama mahram nya atau suami atau perempuan lain yg boleh dipercayai 

# rujukan : Kitab Safinah an-Naja`
                 : Kitab Indahnya Hidup Bersyariat, karangan ust Ismail Kamus


   

Ahad, 17 Februari 2013

ilmu tue mulia

ilmu nie umpama mutiara, teringat kate2 guru ku yg mulia, Syeikh Zainul Asri, tuntut ilmu ari nie, bukan segala2 nya,,,,ari nie ape yg kita blaja adalah permulaannya, diumpamakan atas lautan,rupa2 nya, dlm lautan penuh hidupan dan pelbagai benda yg blom diketahui....jgn malas tuntut ilmu agama, krn bidang2 yg kita dh amik skrng nie, ramai org dh blaja...hukum nya fardhu kifayah, tapi tuntut ilmu agama, sikit sgt kuantiti nya,,,padahal hukumnya fardhu ain,,,,

tuntut ilmu agama dgn org yg alim dan layak bagi nya ilmu tue...moga2 dpt berkat dan manfaat kpd semua, aammmiiin :D