Subhanallah

Isnin, 27 Februari 2012

Kesabaran Rasulullah...

Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.
( riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah. Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy. Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya. Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

kesalahan ada keampunan???

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
(riwayat Bukhari)
Huraian Hadith:
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha'kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Ahad, 26 Februari 2012


USRAH

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah.Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapisTanpa usrah yang betul matlamat yang perlu a, da pada mana-mana gerakan tidak akan tercapai.Segala keputusan akan dapat dilaksanakandengan baik apabila konsep usrah dipratikkan dalam gerak kerja jamaah.Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata bahkan ia merupakan satu majlis yang bertujuan meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan maslah organisasi dalam jamaah.Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memeberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.

Definisi usrah:
usrah bermakna keluarga.Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang hubungan sesama angggota usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh ulama,gerakan ialah kumpulan individu Islam yan beriman kepada Allah,berusaha untuk tolong-menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam.Mereka ini melkukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah: "Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran"  (surah al-Asr 103:3)
Kesimpulannya, usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantapdi kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar.Tegur-menegur antara jamaah
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
( riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir,  kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

BAKHIL

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.
(riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

SEDEKAH MEMBAWA BERKAT



Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.
(riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"
( riwayat al-Hakim)


Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

MARI KENALI MAKHLUK ALLAH YANG SANGAT TAAT...MALAIKAT

Allah berfirman :
" Segala puji bagi Allah Pencipta Langit dan Bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat.Allah menambahkan pada ciptaanNya apa-apa yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

(surah al-Fathir : 1)

Malaikat adalah makhluk yang unik dicipta oleh Allah berbeza dengan kejadian manusia.Mereka makhluk yang bersayap, diciptakan daripada cahaya, dan boleh menjelma dengan rupa lelaki yang kacak serta berperanan sebagai utusan Allah dalam pemerintahan Allah yang luas.

Di antara sifat-sifat malaikat ialah:

-Tidak mempunyai jantina lelaki atau
   perempuan
-Tidak berkahwin dan tidak
  berketurunan
-Tidak makan dan tidak minum
-Tidak tidur
-Tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia
-Sentiasa beribadah dan mentaati Allah serta tidak pernah melakukan maksiat






              Wahai saudara ku sekalian, kenapa manusia masih sombong dan takbur? Manusia merasakan mereka lebih hebat dan mulia.Bangga dengan ilmu, harta dan pangkat,,kenapa?

Rabu, 25 Januari 2012

SEDIKIT tapi CUKUP...

SESIAPA BERTAKWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR DAN MEMBERINYA REZEKI DARIPAD ARAH YANG TIADA DISANGKA-SANGKANYA.DAN SESIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANNYA   (surah at-Thalaq: 23)


$ walau gaji kita sebulan RM 200 tetapi Allah kurniakan keberkatan maka lebih mencukupi dan selesa berbanding orang yang gaji sebulan RM 20 000,,tetapi tiada keberkatan (kerana terdapat unsur haram dan penipuan, rasuah, dan lain-lain) maka selamanya tidak mencukupi...


UJIAN SATU TEBUSAN...

IMAM BUKHARI DAN MUSLIM MENGETENGAHKAN SEBUAH RIWAYAT, BAHAWA RASULULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA: " TIADALAH MUSIBAH YANG MENIMPA ORANG YANG BERIMAN, BAIK BERUPA SAKIT, SEDIH, SUSAH, MAHUPUN TERKENA DURI KAKINYA, KECUALI ALLAH AKAN MENJADIKANNYA SEBAGAI TEBUSAN (KAFARAT) ATAS PERBUATAN DOSA YANG TELAH DILAKUKANNYA."

rupa-rupanya, musibah yang melanda kita adalah nikmat daripada Alla S.W.T....kerana jikalau kita tidak ditimpa musibah, kemungkinan dosa-dosa yang kita lakukan tidak ada penebusnya...

kesimpulannya, sentiasa ingat Allah ketika sakit atau sihat, kaya atau miskin,,,,kerana Allah jualah tempat mengadu dan meminta...

Selasa, 17 Januari 2012

my FREINDS

KATEGORI DOSA

AQIDAH

-syirik dan menyekutukan Allah
-mengamalkan sihir

AKHLAK

-tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu-bapa dan sesama manusia
-berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan
-memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad, tipu daya, khianat dan sebagainya

IBADAH

-meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat
-apabila lalai melaksanakan perintah Allah, tidak segera menggantikannya.Contohnya, tidak menqada solat
 fardhu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada

MUAMALAT

-membuat urusan bersangkutan riba
-mengurangi timbangan dalam jual beli




-

WAHAI SAUDARA....kenali dosa dan jauhinya

BERDOSA KEPADA SIAPA???


-ALLAH
Salah satu dosa terhadap-Nya ialah syirik kepada Allah.Namun, ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik.Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah.Sedangkan Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.




-DIRI SENDIRI
Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain , menukar jantina atas dasar kecendurangan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya.Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.




-ORANG LAIN
Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya.Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.

Isnin, 9 Januari 2012

APAKAH TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT ???

1  SENTIASA MELAKSANAKAN SOLAT BERJEMAAH, (YANG PALING AFDAL IALAH DI MASJID)

2  MENJAGA MAKANAN DAN MINUMAN AGAR TERJAMIN HALALNYA

3  MEMBANYAKKAN SEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

4  JANGAN BERSOLAT DENGAN MENANGGUHKAN UNTUK MEMBUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL DAN PERKEMASKAN SEGALA URUSAN SUPAYA TIDAK TIMBUL KEBIMBANGAN DALAM SOLAT

5  MENGAMBIL WUDUK DENGAN SEMPURNA  SUPAYA AIR MENGENAI SEMUA ANGGOTA YANG WAJIB SERTA MENGINGATI NIAT ATAU DOA APABILA AIR MELALUI SETIAP ANGGOTA

6  MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSIH DAN KEMAS SEPERTI HENDAK MENGHADAP PEMBESAR NEGERI

7  TEMPAT SUJUD DIPASTIKAN SUPAYA TIDAK ADA GAMBAR YANG MENGGANGGU FIKIRAN  ATAU MEMBIMBANGKAN HATI

8  MENGINGATI MATI DAN KEMUNGKINAN ITU MERUPAKAN SOLAT YANG TERAKHIR SEKALI DALAM HIDUP

9  MENYEDARI BAHAWA IA SEDANG BERHADAPAN DENGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA RAHSIA HAMBANYA

10  MEMENUHKAN DADA DENGAN PERASAAN TAKUT DAN RENDAH DIRI TERHADAP ALLAH YANG MELIHAT SEGALA GERAK-GERI KITA

11  MEMAHAMI SEGALA BACAAN DALAM SOLAT TERMASUK AYAT-AYAT QURAN DAN ZIKIR

12  SEBELUM MENGANGKAT TAKBIR, MEMBACA SURAH AN-NAS, SELAWAT ATAS NABI SAW, ISTIGFAR DAN APA-APA BACAAN UNTUK MENJAUHKAN GANGGUAN SYAITAN

13  MEMANDANG KE TEMPAT SUJUD DAN TIDAK TERLALU BANYAK MENGGERAKKAN ANGGOTA DAN BERPALING SEMASA DALAM SOLAT

14  MEMUSATKAN SELURUH INGATAN KEPADA SOLAT

15  MEMANJANGKAN SEDIKIT TEMPOH SEMASA RUKUK DAN SUJUD

16  MEMASTIKAN TIDAK ADA GANGGUAN  DALAM KAWASAN KITA BERSOLAT

17  JANGAN MEMANDANG KE KIRI DAN KE KANAN

Ahad, 8 Januari 2012

KISAH PENJUAL IKAN





Seseorang mulai berjualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan "Disini Jual Ikan Segar"

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata :DISINI ? Bukankah semua orang sudah tau kalau kau berjualan DISINI , bukan DISANA?"

"Benar juga!" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.

"Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tau kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dantinggallah tulisan "JUAL IKAN"

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakantulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tau kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?"

Benar juga pikir si penjual ikan,, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggalahtulisan "IKAN"
Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tau kalau ini Ikan bukan Daging?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

(Author Unknown)

Sahabat, Bila kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah itu hal yang mustahil.... atau bahkan kita malah justru merugikan diri sendiri

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbeda pendapat. Terbukti perumahan mungil2 yang dulunya sama semua, dalam hitungan tahun sudah menjadi beda semua...

Jadi utamakan suara hati anda... biarlah orang lain berpendapat..., tapi saringlah, cerna kembali pendapat mereka... apakah sesuai dengan kata hati anda?... jika tidak, maka tegaslah tuk mengatakan... "Tidak!... maaf" :)
 

INDAHNYA BUAL BICARA RASULULLAH








AISYAH BERKATA:

SEBELAS ORANG WANITA DUDUK DAN BERBUAL-BUAL.MEREKA SEPAKAT TIDAK MENYEMBUNYIKAN SATU PUN PERIHAL SUAMI MEREKA.

WANITA PERTAMA BERKATA,"SUAMIKU BAGAIKAN DAGING UNTA KURUS  YANG TINGGAL DI PUNCAK GUNUNG BERBATU-BATU( SUKAR DIRAIH DEK SOMBONGNYA).TIDAK ADA TANAH DATAR BUAT MENDEKATINYA (AKHLAK TIDAK BAIK) DAN BADANNYA BERISI SEHINGGA TIDAK ADA LEMAK DAPAT DIAMBILNYA DARIPADANYA (TIDAK MANFAAT KEPADA ORANG LAIN)."

WANITA KEDUA BERKATA ,"AKU TIDAK BERANI BERCERITA MENGENAI SUAMIKU.AKU TAKUT DICERAIKAN .JIKA AKU BERCERITA JUGA, IA SAMA SEPERTI MENYEBUTKAN URAT LEHER DAN PUSATNYA( DIA MEMILIKI KEBURUKAN LUAR DAN DALAM)."

WANITA KETIGA BERKATA, "SUAMIKU KURUS TINGGI ( JASADNYA) DAN TIDAK MENARIK (AKHLAKNYA). JIKA AKU MENGUNGKAPKAN KEBURUKANNYA ,AKU AKAN DICERAIKAN ,JIKA AKU DIAM , DIA AKAN MENGABAIKANKU (SEOLAH-OLAH AKU TIDAK MEMILIKI SUAMI)."

WANITA KEEMPAT BERKATA,"SUAMIKU BAGAIKAN MALAM DI TIHAMAH (SEBUAH NEGERI DI ANTARA PANTAI DAN PERGUNUNGAN YANG MEMILIKI CUACA YANG STABIL).TIDAK PANAS DAN TIDAK SEJUK.TIDAK MENAKUTKAN DAN TIDAK MEMBOSANKAN."

WANITA KELIMA BERKATA," SUAMIKU JIKA DI RUMAH SUKA TIDUR DAN BEREHAT SEPERTI HARIMAU KUMBANG ,MANAKALA KETIKA DI LUAR RUMAH DIA SEPERTI SINGA . DIA TIDAK PERNAH MEMPERSOALKAN PEMBERIANNYAKEPADA RUMAH TANGGA KAMI."

WANITA KEENAM BERKATA,"SUAMIKU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SISA PADA MAKANAN DAN MINUMANNYA. DIA MENGGUNAKAN SELIMUT SENDIRIAN SEMASA TIDUR DAN TIDAK PERNAH MENGAMBIL BERAT AKAN KEADAANKU."

WANITA KETUJUH BERKATA," SUAMIKU MANDUL DAN KURANG BIJAK. SELURUH PENYAKIT YANG ADA DALAM KEHIDUPAN INI, ADA PADANYA.DIA DAPAT MEMUKUL KAMU ATAUPUN MENGUSIR KAMU ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI."

WANITA KELAPAN BERKATA," SUAMIKU MEMILIKI SENTUHAN YANG LEMBUT SELEMBUT SENTUHAN ARNAB , DAN BAUNYA HARUM SEHARUM WANGIAN ZARNAB."

WANITA KESEMBILAN BERKATA," SUAMIKU SETINGGI TIANG ( MARTABATNYA TINGGI DI KALANGAN MASYARAKAT ), SEPANJANG PEDANG (BERJIWA PERWIRA), BANYAK ABU (DAPUR SELALU MENYALA BUAT MEMASAK UNTU TETAMU YANG DATANG KE RUMAH) DAN RUMAHNYA DEKAT DENGAN TEMPAT BERKUMPUL."

WANITA KESEPULUH BERKATA," SUAMIKU ADALAH SEORANG YAG KAYA. KAYA YANG BAGAIMANA ? KAYA YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEMUA ITU . DIA MEMILIKI UNTA YANG BANYAK DI KANDANGNYA , TETAPI SEDIKIT DI TEMPAT MENGGEMBALA. JIKA UNTA-UNTA ITU MENDENGAR BUNYI MUZIK GAMBUS , MEREKA TAHU MEREKA BAKAL DISEMBELIH ( DAN DIHIDANGKAN UNTUK PARA TETAMU)."

WANITA KESEBELAS BERKATA," SUAMIKU ADALAH ABU ZAR`IN. DIA MEMBERIKAN BARANG PERHIASAN DI KEDUA-DUA TELINGA AKU, MEMBUATKAN AKU MENJADI GEMUK DAN MEMBERIKU KEHIDUPAN YANG SENANG DAN BAHAGIA. SEBELUM BERTEMU DENGANNYA, AKU HIDUP DI KALANGAN ORANG SUSAH DAN PENGGEMBALA KAMBING , NAMUN SELEPAS BERTEMU DENGANNYA , AKU DAPAT MERASAI NIKMAT HIDUP DI KALANGAN PEMILIK KUDA, UNTA, LEMBU DAN LADANG.AKU SUKA BERBICARA DENGANNYA , KATA-KATAKU TIDAK PERNAH DIPERKECIL-KECILKAN. AKU DAPAT TIDUR DENGAN TENANG SAMPAI KE PAGI , DAN DAPATMINUM SEHINGGA KENYANG.IBU MERTUAKU PULA SEORANG WANITA YANG MEMPUNYAI RUANG MAKAN YANG LUAS DAN RUMAH YANG BESAR ( KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA). ANAK LELAKI KAMI MEMILIKI TUBUH YANG SEDERHANA DAN IDEAL.DIA BUKAN SEORANG YANG KUAT MAKAN.DIA DAPAT KENYANG HANYA DENGAN SEPOTONG DAGING KAKI KAMBING.ANAK PEREMPUAN KAMI PULA , SEORANG YANG TAAT KEPADA KEDUA-DUA ORANG TUANYA . BENTUK BADANNYA BAGUS DAN SESIAPA YANG MELIHAT KECANTIKAN DAN AKHLAKNYA, PASTI AKAN CEMBURU.KAMI MEMILIKI PEMBANTU YANG TIDAK SUKA BERGOSIP. ORANGNYA JUGA AMANAH DAN SELALU MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH KAMI."

WANITA KESELAS MENERUSKAN CERITANYA ," PADA SUATU HARI, ABU ZAR`IN KELUAT BERMUSAFIR . KETIKA ITU JUGA, SUSU HAIWAN PELIHARAAN YANG ADA  BAGI PROSES SEDANG MELIMPAH RUAH. DALAM PERJALANNANYA, ABU ZAR`IN BERTEMU DENGAN SEORANG WANITA YANG MEMILIKI SUSUK TUBUH YANG MENARIK DENGAN DUA ORANG ANAKNYA YANG LINCAH SEPERTI HARIMAU BINTANG. SELEPAS ITU ABU ZAR`IN MENCERAIKAN AKU DAN MENIKAHI WANITA ITU. AKU PULA MENIKAH DENGAN SEORANG LELAKI MULIA DAN DERMAWAN. DIA MAHIR MENUNGGANG  KUDA DAN MEMEGANG TOMBAK KATHTHI ( NAMA TEMPAT ASAL TOMBAK INI DIBUAT. IA ADALAH SEBUAH DESA DI PANTAI LAUT OMAN). PADA SUATU  PETANG , DIA MENUNJUKKAN KEPADAKU HAIWAN TERNAKANNYA , LALU MEMBERIKAN SEPASANG DARIPADA SETIAP HAIWAN YANG DIA MILIKI. KATANYA," WAHAI UMMU ZAR`IN ! MAKANLAH DAN BERILAH KEPADA KELUARGAMU!".BIARPUN AKU KUMPUL SEMUA KEBAIKAN DAN PEMBERIANNYA KEPADAKU , IA MASIH BELUM DAPAT MENANDINGI PEMBERIAN ABU ZAR`IN YANG PALING KECIL."

LALU AISYAH BERKATA," RASULULLAH BERKATA KEPADAKU, " AKU BAGIMU UMPAMA ABU ZAR`IN KEPADA UMMU ZAR`IN ."

                                                                                     (direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi)

(keterangan : HADIS INI BERTARAF SAHIH. DILAPORKAN OLEH ALI BIN HUJR , DARIPADA ISA BIN YUNUS, DARIPADA HISYAM BIN URWAH, DARIPADA ABDULLAH BIN URWAH , DARIPADA URWAH, DARIPADA AISYAH.)


                                                         

KELEBIHAN BERSELAWAT


1  IA MERUPAKAN SALAH SATU AMALAN PALING UTAMA

2  BOLEH MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA

3  JAMINAN UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT SERTA SYAFAAT 
    NABI SAW

4  MENJADI BENTENG SIFAT MUNAFIK DAN KAFIR

5  SELAMAT DARIPADA HURU-HARA HARI KIAMAT

6  MENJADI PENYEBAB HAJAT , DOA DAN AMALAN BAIK DITERIMA ALLAH

7  TIKET UNTUK MUDAH MEMASUKI SYURGA DAN TERLEPAS DARIPADA PERHISABAN
    YANG RUMIT

8  MENGGANTIKAN SEDEKAH BAGI MEREKA YANG TIDAK MAMPU BERSEDEKAH

9  DIKASIHI OLEH NABI SAW DAN DAPAT TURUT SERTA MENDAMPINGI BAGINDA DI
    SYURGA KELAK

10 KEHIDUPAN DI DUNIA PENUH KETENANGAN DAN BAHAGIA MANAKALA DI AKHIRAT
     KELAK TERLEPAS DARIPADA SEGALA YANG MENDUKACITAKAN

Sabtu, 7 Januari 2012

MASJID....RUMAH PERTAMA KU....



"SESUNGGUHNYA YANG MEMAKMURKAN MASJID-MASJID ALLAH ITU ADALAH ORANG YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT . MEREKA MENDIRIKAN SOLAT,MENGELUARKAN ZAKAT DAN TIDAK TAKUT SELAIN DARIPADA ALLAH."
         
                                                                                                                   (surah at-Taubah,ayat 18)








"PARA MALAIKAT BERSELAWAT ( MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT) KE ATAS SESEORANG KAMU SELAGI MANA IA BERADA DI DALAM TEMPAT SOLATNYA DENGAN SYARAT IA BELUM BERHADAS (KENTUT)." 

                                                          (riwayat Bukhari)

                         
                                                                                         

PERHATIAN ! 10 KAWAN IBLIS


1   HAKIM YANG TIDAK ADIL

2   ORANG KAYA YANG SOMBONG

3   PEDAGANG YANG KHIANAT

4   ORANG PEMABUK/ PEMINUM ARAK

5   ORANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN

6   PEMILIK HARTA RIBA

7   PEMAKAN HARTA ANAK YATIM

8   ORANG YANG SELALU LENGAH DALAM MENGERJAKAN SOLAT DAN SERING
     TINGGALKAN SOLAT

9   ORANG YANG ENGGAN MEMBERIKAN ZAKAT DAN KEDEKUT

10 ORANG YANG SELALU BERANGAN-ANGAN DAN KHAYAL DENGAN TIDAK ADA FAEDAH

HEBATNYA NABI KITA..

KISAH ABU JAHAL MELARANG NABI S.A.W. SOLAT DI KAABAH

Berkata Mufasir turun ayat ke-9 hingga 19 adalah dari hal Abu Jahal yang menegah Nabi s.a.w. solat.
Suatu hari Abu Jahal bertanya kepada kaumnya: "Apakah Muhammad masih saja bersolat ( bersujud mukanya) di antaramu ?" Jawab pemuka Quraisy : " Ya." Maka ia berkata :" Demi berhala Allata wal Uzza jika aku melihat dia solat demikian akan aku pijak lehernya supaya berlumuran tanah wajahnya."


Suatu hari ketika Nabi s.a.w. bersolat di depan Kaabah.Abu Jahal berjalan untuk menginjak leher Nabi s.a.w. tetapi sebaliknya ia lari kembali dengan menutupi wajahnya dengan kedua tangannya.Kemudian ditanya oleh kaumnya :" Mengapakah engkau?" Jawabnya:" Di antaraku dengan Muhammad ada parit api dan segala yang bersayap (iaitu malaikat)."Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:" Andaikan dia hampir kepadaku nescaya akan ditangkap oleh malaikat dan dirobek anggota badannya satu persatu."
                                                                                                         (Riwayat Ibn Jarir)