Remaja : ustaz, apakah yang dimaksudkan
dengan amrad` ?
Ustaz
: amrad’ diambil daripada perkataan
bahasa arab yang bermaksud bersih kedua-dua pipinya daripada bulu. Dari segi
istilah pula, amrad’ bermaksud seseorang lelaki yang belum tumbuh janggutnya
walaupun telah nampak bibit misainya. Secara mudahnya, amrad’ ialah seorang
lelaki yang mempunyai wajah yang `cantik` dan boleh menarik perhatian sama ada
lelaki mahupun wanita. Hal ini berbeza mengikut `uruf individu, susana dan situasi
tempat masing-masing.
Remaja : apakah hukum melihat amrad` dan
duduk bersendirinya dengannya ?
Ustaz : mazhab Hanafi dan Syafi`i
menetapkan, sekiranya wajah lelaki amrad` tersebut tidak menarik perhatian
tidaklah sampai membawa kepada fitnah, maka hukumya sama dengan lelaki biasa
iaitu harus dan tiada halangan untuk melihatnya. Begitu juga, harus
hukumnya segala muamalah yang berkaitan sesama lelaki. Walau bagaimanapun,
sekiranya lelaki amrad` tersebut memiliki wajah yang menarik dan boleh
membawa kepada fitnah, maka perlu dilihat kepada dua keadaan :
1)
Sekiranya melihat dan bersendirian dengannya tanpa niat
untuk menikmati dan berseronok dengannya serta aman daripada fitnah, maka
hukumnya adalah harus.
2)
Sekiranya melihat dan bersendirian dengannya dengan niat
untuk menikmati keelokan wajahnya, merasai keseronokan melihatnya, maka
hukumnya adalah haram.
Remaja : bolehkah berjabat tangan dengan
amrad` ?
Ustaz : jumhur ulama berpendapat,
berjabat tangan dan menyentuh amrad` dengan syahwat hukumnya haram.
Sudah boleh difahami, hukum melihatnya dengan syahwat pun sudah diharamkan,
inikan pula bersentuhan dengannya yang lebih dekat membawa kepada fitnah dan
syahwat. Adapun jika bukan untuk berseronok, tetapi dikhuatiri timbul syahwat,
maka makruh berjabat tangan dan menyentuhnya.
Remaja
: apakah hukum amrad` menjadi imam
?
Ustaz : jumhur fuqaha` mazhab Hanafi, Syafi`i dan Hanbali
menyatakan makruh untuk solat di belakang amrad` kerana dia boleh
membawa kepada fitnah. Namun, harus difahami bahawa solat di belakangnya sah.
Tetapi, sekiranya ada orang lain yang boleh menjadi imam, maka terlebih utama
untuk dia menjadi imam.
Remaja
: adakah batal wudhuk menyentuh
amrad` ?
Ustaz : pendapat yang masyhur dalam
kalangan ulama mazhab Syafi`i dan Hanbali menyatakan bahawa menyentuh amrad` tidak
membatalkan wudhuk. Berbeza pula dengan pandangan para ulama Maliki yang
mengatakan batal wudhuk apabila menyentuh dengan syahwat.
Remaja : bolehkah ustaz berikan beberapa
panduan ketika berurusan dengan amrad` ?
Ustaz
: Allah Ta`ala menurunkan
peringatan-Nya yang bermaksud : “ katakanlah kepada golongan lelaki beriman,
hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
lakukan. “ (surah an-Nur 24 : 30 ). Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibn
Kathir tidak mengkhususkan `menundukkan pandangan` hanya kepada wanita. Beliau
menyebutkan pandangan sebahagian besar para ulama alaf yang melarang memandang
ke arah amrad`. Apa yang dapat kita fahami, para ulama terdahulu telah mengesan
betapa bahayanya fitnah yang boleh timbul disebabkan amrad` dan kadang-kadang
lebih bahaya daripada fitnah wanita. Justeru, pemuda pemudi di luar sana
hendaklah menundukkan pandangan dan menjaga hati tatkala bersama dengan
golongan sebegini. Ketika ingin berurusan dengan amrad` , lakukan sekadar keperluan sahaja dengan syarat selamat
dan terpelihara hati dan anggota badan ketika berurusan. Lakukan secara beradab
dan tidak mengambil kesempatan terhadap mereka. wAllahu a`lam. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan