Subhanallah

Khamis, 30 Ogos 2012

Wanita...umpama EMAS :D



wanita nie umpama EMAS, ade baik nye, ade buruk nye...EMAS amat digemari oleh lapisan masyrakat, amat mahal harga  nya EMAS di hadiahkan kpd bakal2 pengantin, sama lelaki atau perempuan.., tapi perompak melakukan rompakan di kedai EMAS adalah krn EMAS,.....jadi nye, EMAS nie ade positive n negative effect,...

jadi nye, wanita nie kekdang memberi positive effect n negative effect . kadang2 laki2 sanggup bagi je kemahuan si wanita sehingga sanggup korban kan ape2 benda , klu si wanita itu adlah isteri, xpa la jugak sbb  dpt pahale korban kan.....:D

Isnin, 13 Ogos 2012

Manusia sering terlupa...

Allah menciptakan manusia semata-mata utk beribadah kpd Nya, tapi ape yg sebahagian manusia lakukan ?

Mereka lupa akan Pencipta mereka, dari setitis mani sehingga sebujur pangjang nya tapi manusia masih angkuh lagi sombong. Mereka pikir kehidupan adalah selamanya, kaya selamanya...kebanyakkan mereka bertuhan nafsu dan harta...Ingat wahai manusia, kesenangan itu hanya dpt dikecapi jika diiringi dgn iman dan taqwa

Ahad, 12 Ogos 2012

Wanita

Insan yg mulia dan bertuah adalah wanita...

Allah Maha Adil, Allah menciptakan lelaki semata-mata utk menjaga dan memelihara wanita...
Wanita di antara insan yg kena selamat ketika berperang selain kanak2 dan org tua, mereka insan yg lemah dan perlu dikasihi, jgn mengatakan wanita adalah bahan puaskan nafsu, krn para wanita telah melahirkan para anbiya` dan para ulama, dari perut wanita juga telah melahirkan para pemimpin yg bertaqwa dan beriman kepada Allah Taala. SubhanAllah, krn wanita dakwah Islam telah sampai kat Malaysia, krn apa?
Siapakah yg melahirkan Nabi Muhammad melainkan wanita iaitu Siti Aminah, seorang perempuan yg beriman lagi suci. 

Siapa yg lahirkan nabi Isa a`laihisalaam ? Maryam yg melahirkan Nabi Isa, seorang wanita yg suci lagi bertaqwa kpd Allah. Maryam dituduh oleh masyarakat sekeliling bahwa dia telah berzina krn membawa bayi (Nabi Isa) padahal beliau xpernah berkahwin...tapi Maha Kuasa Allah, Zat yg Maha Suci mampu membuat sesuatu. Allah mentaqdirkan bahawa bayi itu boleh berckap.

Wanita merupakan sayap kanan perjuangan Islam, mereka merupakan `doktor` kpd kaum muslimin yg cedera ketika zaman peperangan....MULIA NYA WANITA KRN MARUAHNYA YG TERJAGA DGN IMAN TAQWA KPD ALLA TAALA...:)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ahad, 5 Ogos 2012

manufacturing engineering

salah satu kursus diploma yang ada di UniMAP. penulis berpeluang utk melanjutkan pelajaran di bidang ini.

Semua rezki dari Allah, semasa di bangku sekolah, saya di antara pelajar yg malas dan agak kurang pandai berbanding pelajar2 yg lain sekelas, mereka sentiasa mendapat markah yg hebat dan agak `mantop`.

Tapi antara killer subjek yg saye suka ialah add-math, nak kate tiap2 kali exam score tue, xlaa...cume semasa buat add-math rase cam seronok dan happy...:)

Saya xsuka subjek yg kene membaca seperti Biologi, saya berpeluang ambik Bio, memang agak susah nak score dan hanya org yg minat shj boleh ambik bidang tue,,,(kebanyakkan dak pompuan)

-kos nie berkaitan dgn mekanikal, cam ne kemahiran kita mengendalikan mesin dan proses tertentu di kilang pembuatan, insyaAllah peluang kerja tue ada. :)

-cuma nasihat saya kepada para pelajar, enjoy2 jugak tapi jgn sesekali lupa Allah, Rasul, mak ayah, guru2 dan kawan2...:)

-banyakkan tolong cikgu, insyaAllah berkat itu ada, kekadang pelajar nie kurang pandai tapi dgn keberkatan doa ibu bapa dan guru2 yg mereka tolong, insyaAllah pelajar ini cemerlang dunia akhirat :)

الله

 "الله موجود بلا مكان "

-Allah wujud tanpa bertempat-

Allah, Rab sekalian alam, Allah berfirman :

"ليس كمثله شىء "

" Allah tak menyerupai makhluk "

-berdasarkan ayat Al-Quran , maka dapat disimpulkan, segala sifat dan perbuatan yang ada pada makhluk (selain daripada Allah) tidak ada pada Zat Allah dan Sifat -Nya yang Maha Sempurna itu....:)

-Makhluk memerlukan tempat utk duduk dan bersila dan dll...itu menunjukkan bahawa makhluk itu lemah kerana memerlukan tempat, mana mungkin makhluk itu boleh duduk dan dll tanpa memerlukan tempat....:)

-Allah wujud tanpa bertempat, ia bukanlah ayat Al-Quran atau Hadis, tapi ia merupakan kata2 ulama bagi menafikan segala tohmahan2 yang menyerupai Allah...:)

-Tidak mustahil sesuatu yang ada tapi tak nampak secara zahir itu boleh wujud, akal pun dapat menerimanya, seperti angin...kita yakin kewujudan angin, tetapi adakah kita mampu untuk melihat angin itu...:)

-Allah mampu menjadikan sesuatu atau tidak, kerana ia adalah sifat yang harus bagi Allah Taala.Allah mampu menjadikan bumi sekecil lubang jarum....:)

Rugi atau Untung ?

Sudah hampir 17 hari kita lalui Ramadhan, tapi apakah kesannya dalam kehidupan dan ibadahnya setakat ini kepada kita ?


Sudah sempurnakah ibadah kita, seperti sahabat nabi? atau pun para ulama ?


berbanyakkan amalan, jgn dikejar sgt dunia, bahaya,...letakkan dunia di genggaman, tapi letakkan dunia di junjungan kepala :)

" من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم بذنبه "

(صحيح امام بخاري)

sape2 posa pd bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka diampunkan segala dosa2 nya yg lalu

(shahih imam bukhari)




" الخاسر : هو الذي خرج من المسجد بلا الدعاء "



"ORANG YANG RUGI : IAITU ORANG YANG KELUAR DARI MASJID TANPA BERDOA"

Sabtu, 4 Ogos 2012





اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك  وسلم

Bisnes yg menguntungkan, confirm xrugi kalau melabur, mai lah join :)


salah satu ganjaran yg besaq dpt dilakukan adalah menyediakan mknn utk org berbukak posa, jadinya sediakan lah mknn utk berbukak posa utk sape2 pun xpa....utk kawan2 ke...dll


banyakkan belanja kawan2 utk berbukak posa dlm bulan Ramadhan, insyaAllah dpt meningkatkan pahala. Ini adalah disebut dgn istilah `bisnes` dgn Allah, ingat `pelaburan` dgn Allah nie xpernah tertipu dan di aniyai krn kita sedang berurusan dgn Yang Maha Adil....


`Perdagangan` ini sgt menguntungkan ,,rebutlah :)




"(10) يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجرة تنجيكم من عذاب عليم

   (11) تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون في سبيل الله بأمولكم وأنفسكم ذلك خيرلكم إن كنتم تعلمون 



" Wahai orang yang beriman ! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (10),  (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu..Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11)

( surah as-Saff, ayat 10-11 )


makan berjamaah :)



Makan secara berjemaah itu sunnah nabi, tapi xsemestinya dgn talam, (tapi lagi baguih dgn talam, jimat pinggan dan dpt rapat ukhuwwah dgn lebih)


tapi makan berjamaah adalah makan berjamaah dlm satu2 masa seperti di dwn makan, kedai dan lain2....


insyaAllah kita mampu utk meningkatkan amalan sunnah :)


Ramadhan...

satu2 nya amalan yang unik lagi menaghik....

sebab puasa nie satu ibadah yg dpt mengurangkan riyak, krn kebanykkan riyak itu dtg dari maksud tunjuk2. maka setiap amalan memerlukan pertunjukkan bagi melaksanakannya. contohnya, solat, memerlukan pergerakan2 tertentu bagi melaksanakannnya dan perbuatan itu dpt dilihat oleh org sekeliling. Contoh ke-2, zakat, amalan ini memerlukan juga perbuatan yg zahir sepertimana ketika ingin membayaq duit itu kepada Amil...maka perbuatan itu diketahui oleh Amil dan jumlah wang itu diketahui olehnya. di antara amalan2 di rukun Islam, posa satu2 nya amalan yang xperlukan kepada praktikal secara terang-terangan. cuma perlu diam dan jaga adab2 berposa, tue ja...

jika kita berposa, hanya Allah dan kita shj tahu. Kebarangkalian nak riyak itu xbanyak....sbb riyak itu sebenarnya merosakkan amalan kita. Apa pun itu salah satu penyakit hati yg ada pada org yang berilmu.Mereka merasakan mereka memiliki seluas ilmu ibarat luasnya langit dan bumi, tetapi perlu ingat, ilmu itu sgt cikit, umpama setitik air di lautan shj. :)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kini sudah tiba kemuncaknya...

Ramadhan kini sampai dipertengahannya.....

Makna nya, kita sudah berjaya melaksanakan perintah Allah (puasa Ramadhan) dalam tempoh 15 hari,....bersyukur kerana dapat melakukan tanggungjawab sebagai hamba Allah