Subhanallah

Jumaat, 28 Disember 2012

‎5 perkara capai khusyuk dl solat :



1) التفهم (al-tafahhum) -memahami sesuatu bacaan dlm solat dan menghayati maknanya
2) التعظيم (al-ta`zhim)- merasakan kebesaran Allah, seolah-olah berada di hadapan-Nya
3) الهيبة (al-haybah)-menghadirkan rase gerun terhadap kekuasaan Allah, dgn demikian rasa hebat terhadap Allah akan dpt dihasilkan
4) الرجاء (al-rajak)- mengaharapkan rahmat allah dgn sepenuhnya harapan bhw ibadah kita akan diterima
5) الحياء ( al-hayak)- berasa malu kpd Allah krn kecuaian dlm mengotakan janji kita terhdp Allah dan kekurangan kita dlm melakukan ibadah terhdp-Nya

Selasa, 25 Disember 2012

penat bekerja ...

uh,,,penat kerja, bantu ayah...sambung umah...keje penat, nak cari rezeki Allah, kita kena usaha....pak cik yg kerja ngan ayah tue, agak berumur, semata-mata utk mencari sesuap nasi utk keluarga, kesian, xpi moga2 Allah kurniakan anak yg soleh dan beriman, agar kesusahan ayah mereka cari rezeki terbyr melalui kesolehan anak2...kekadang ibu bapa xmengharapkan harta dari anak2, mereka cuma hendakkan anak2 mengangkat takbir sbg imam utk menyembahyangkan jenazah bagi mereka ketika mereka kaku sebujur mayat...moga2 Allah kurnia pd kita kesolehan dan zuriat yg tayyibah dan beriman

Khamis, 20 Disember 2012

skrng on de way balik kg....sat gi nak jumpe kwn lame, suhail kat ipoh parade..:D

Ahad, 16 Disember 2012

.: Allahumma solli a`la saidina Muhammad wa a`la alihi wa sohbihi wa baarik wa sallam :.

Rabu, 12 Disember 2012

program anak angkat UniMAP

minggu lepas, de progrm anak angkat kat kg kota kran,perlis...suasana kg yg mampu memberi ketenangan ..

melihat tumbuhan hijau,mampu memikat hati dan menenangkan jiwa, padi terbentang luas, ciptaan Allah...mampu meningkat syukur dan puji-pujian pd Allah. hidup org kg sgt tenang berbnding org yg duk kat kwsn yg agak sibuk seperti bandar dan pekan, mereka sgt selesa menjalani kehidupan dan gaya hidup mereka sgt simple dan sgt berkualiti, org yg kaya2 kekadang sgt keliru, hutang di keliling pinggang, xmampu memberi ketenangan :(

Khamis, 1 November 2012

.: Allahumma solli a`la saidina wa maulana Muhammad wa a`la alihi wa sohbihi wa baarik wa sallim :.

Nikmat

2 nikmat yg paling besar, adalah : Iman dan Islam

Iman : membenarkan di dalam hati, berikrar dgn lisan dan membuktikan dgn anggota badan

membenarkan di dalam hati : kita qasad dalam hati kita kalimah la ilaha illAllah, menafikan makhluk dan membesarkan Allah dgn menyucikan Allah dari sesuatu...

la ilaha = tiada ilah(sembahan)
illAllah= melainkan Allah Ta`ala...

* semua perintah makhluk terbatal jika menganggahi dgn perintah Allah

berikrar dgn lisan : mengucapkan kalimah syahadah

apabila lisan sudah mengucap kalimah tayyibah, maka tanda org itu beriman, mereka akan berkata-kata sesuatu yg faedah serta manfaat

membuktikan dgn anggota badan : melaksana ibadah seperti solat, jgn hanye iman pada hati shj, tetapi malas nak bersolat dan beribadah yg lain2...


Islam = serah, sejahtera

-menyerahkan diri, harta, keluarga kpd Allah
-sejahtera kpd sekalian alam

Isnin, 29 Oktober 2012

Assalaamualaikum cinta...

cinta fitrah manusia, tak boleh ditahan dan dipaksa...Islam agama yg mulia, ramai org salah faham, mengatakan bahwa Islam sekat perasaan cinta, namun Islam satu2 nya memberi acuan dan kaedah2 utk bercinta malah memberi tip2 yg baik utk diamalkan,,,,


Isnin, 22 Oktober 2012

Kerana mu ya Rasulallah sollallahu a`laihi wa sallam

Salam dan selawat kpd baginda Saidina wa Maulana Muhammad wa a`lihi wa sohbihi wa baarik wa sallim...

krn mu pembawa rahmat kpd sekalian alam,
mampu mengubah dunia,
kegelapan ke nur,
umur mu singkat, tetapi syariat mu di junjung beribu tahun,
Allahu rabbi, krn mu kekasih Allah,..


solat

byk ayat2 dlm al-Quran menceritakan perihal solat, solat nie tiang agama, tanpa solat...kehidupan kita umpama x beragama, tapi kenapa masih terdpt segolongan yg solat tapi masih melakukan perkara munkar ?

dlm al-Quran Allah berfirman, Sesungguhnya solat dpt mencegah drpd fahsya` dan munkar

definisi :

ulama memberikan takrif fahsya` dan munkar ,

fahsya` = dosa yg berkaitan dgn kemaluan seperti berzina
munkar = dosa yg selain berkaitan dgn kemaluan seperti mengumpat

ulama kata, kalau seseorang itu melakukan dosa tetapi xpernah tinggal solat, maka solat yg dikerjakan selama ini tidak sempurna dan ada kecacatan.

Syeikh Nuruddin, ulama Asia, berkata, jikalau masih melakukan dosa walaupun xpernah tinggal solat, InsyaAllah teruskan dgn bersolat tanpa berputus asa, sesungguhnya solat yg dikerjakan itu mampu utk mengubah diri nya ke arah lebih baik tanpa melakukan dosa.

mai le kita pakat2 melakukan solat, walau sibuk macam mana pun, jgn malas lakukan solat, walau lambat mcm mana pun, jgn tinggal solat, ingat solat adalah perkara pertama yg akan dihisab kelak


Ahad, 21 Oktober 2012


Alhamdulillah, krn Kuasa-Nya , saya dpt berpeluang menikmati keindahan dan kemuliaan Islam...
Baru2 nie, saye diberi peluang oleh Ilahi, bagi mengikuti jamaah Islam, iaitu jamaah tabligh, jamaah usrah....

kalau kita tengok dari segi luaran, kedua-dua jamaah nie mempunyai perbezaan, tetapi jika kita lihat dari segi dalaman dan sangka baik, maka kedua-dua jamaah nie mempunyai persamaan yg sama dan sgt mirip, tetapi masih terdpt segolongan manusia yg saling salah-menyalahkan antara satu sama lain,
sering kali kita dengar terdpt kesalahan yg dilakukan oleh jamaah Tabligh, tetapi masih ade jugak kesalahan yg dilakukan oleh jamaah usrah...krn manusia itu xlari drpd kesalahan, setiap kesalahan dan kritikan mestilah menjadi batu loncatan dlm peningkatan utk menjadi yg terbaik dalam mengerjakan dakwah dan tuntut ilmu :)

Khamis, 30 Ogos 2012

Wanita...umpama EMAS :D



wanita nie umpama EMAS, ade baik nye, ade buruk nye...EMAS amat digemari oleh lapisan masyrakat, amat mahal harga  nya EMAS di hadiahkan kpd bakal2 pengantin, sama lelaki atau perempuan.., tapi perompak melakukan rompakan di kedai EMAS adalah krn EMAS,.....jadi nye, EMAS nie ade positive n negative effect,...

jadi nye, wanita nie kekdang memberi positive effect n negative effect . kadang2 laki2 sanggup bagi je kemahuan si wanita sehingga sanggup korban kan ape2 benda , klu si wanita itu adlah isteri, xpa la jugak sbb  dpt pahale korban kan.....:D

Isnin, 13 Ogos 2012

Manusia sering terlupa...

Allah menciptakan manusia semata-mata utk beribadah kpd Nya, tapi ape yg sebahagian manusia lakukan ?

Mereka lupa akan Pencipta mereka, dari setitis mani sehingga sebujur pangjang nya tapi manusia masih angkuh lagi sombong. Mereka pikir kehidupan adalah selamanya, kaya selamanya...kebanyakkan mereka bertuhan nafsu dan harta...Ingat wahai manusia, kesenangan itu hanya dpt dikecapi jika diiringi dgn iman dan taqwa

Ahad, 12 Ogos 2012

Wanita

Insan yg mulia dan bertuah adalah wanita...

Allah Maha Adil, Allah menciptakan lelaki semata-mata utk menjaga dan memelihara wanita...
Wanita di antara insan yg kena selamat ketika berperang selain kanak2 dan org tua, mereka insan yg lemah dan perlu dikasihi, jgn mengatakan wanita adalah bahan puaskan nafsu, krn para wanita telah melahirkan para anbiya` dan para ulama, dari perut wanita juga telah melahirkan para pemimpin yg bertaqwa dan beriman kepada Allah Taala. SubhanAllah, krn wanita dakwah Islam telah sampai kat Malaysia, krn apa?
Siapakah yg melahirkan Nabi Muhammad melainkan wanita iaitu Siti Aminah, seorang perempuan yg beriman lagi suci. 

Siapa yg lahirkan nabi Isa a`laihisalaam ? Maryam yg melahirkan Nabi Isa, seorang wanita yg suci lagi bertaqwa kpd Allah. Maryam dituduh oleh masyarakat sekeliling bahwa dia telah berzina krn membawa bayi (Nabi Isa) padahal beliau xpernah berkahwin...tapi Maha Kuasa Allah, Zat yg Maha Suci mampu membuat sesuatu. Allah mentaqdirkan bahawa bayi itu boleh berckap.

Wanita merupakan sayap kanan perjuangan Islam, mereka merupakan `doktor` kpd kaum muslimin yg cedera ketika zaman peperangan....MULIA NYA WANITA KRN MARUAHNYA YG TERJAGA DGN IMAN TAQWA KPD ALLA TAALA...:)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ahad, 5 Ogos 2012

manufacturing engineering

salah satu kursus diploma yang ada di UniMAP. penulis berpeluang utk melanjutkan pelajaran di bidang ini.

Semua rezki dari Allah, semasa di bangku sekolah, saya di antara pelajar yg malas dan agak kurang pandai berbanding pelajar2 yg lain sekelas, mereka sentiasa mendapat markah yg hebat dan agak `mantop`.

Tapi antara killer subjek yg saye suka ialah add-math, nak kate tiap2 kali exam score tue, xlaa...cume semasa buat add-math rase cam seronok dan happy...:)

Saya xsuka subjek yg kene membaca seperti Biologi, saya berpeluang ambik Bio, memang agak susah nak score dan hanya org yg minat shj boleh ambik bidang tue,,,(kebanyakkan dak pompuan)

-kos nie berkaitan dgn mekanikal, cam ne kemahiran kita mengendalikan mesin dan proses tertentu di kilang pembuatan, insyaAllah peluang kerja tue ada. :)

-cuma nasihat saya kepada para pelajar, enjoy2 jugak tapi jgn sesekali lupa Allah, Rasul, mak ayah, guru2 dan kawan2...:)

-banyakkan tolong cikgu, insyaAllah berkat itu ada, kekadang pelajar nie kurang pandai tapi dgn keberkatan doa ibu bapa dan guru2 yg mereka tolong, insyaAllah pelajar ini cemerlang dunia akhirat :)

الله

 "الله موجود بلا مكان "

-Allah wujud tanpa bertempat-

Allah, Rab sekalian alam, Allah berfirman :

"ليس كمثله شىء "

" Allah tak menyerupai makhluk "

-berdasarkan ayat Al-Quran , maka dapat disimpulkan, segala sifat dan perbuatan yang ada pada makhluk (selain daripada Allah) tidak ada pada Zat Allah dan Sifat -Nya yang Maha Sempurna itu....:)

-Makhluk memerlukan tempat utk duduk dan bersila dan dll...itu menunjukkan bahawa makhluk itu lemah kerana memerlukan tempat, mana mungkin makhluk itu boleh duduk dan dll tanpa memerlukan tempat....:)

-Allah wujud tanpa bertempat, ia bukanlah ayat Al-Quran atau Hadis, tapi ia merupakan kata2 ulama bagi menafikan segala tohmahan2 yang menyerupai Allah...:)

-Tidak mustahil sesuatu yang ada tapi tak nampak secara zahir itu boleh wujud, akal pun dapat menerimanya, seperti angin...kita yakin kewujudan angin, tetapi adakah kita mampu untuk melihat angin itu...:)

-Allah mampu menjadikan sesuatu atau tidak, kerana ia adalah sifat yang harus bagi Allah Taala.Allah mampu menjadikan bumi sekecil lubang jarum....:)

Rugi atau Untung ?

Sudah hampir 17 hari kita lalui Ramadhan, tapi apakah kesannya dalam kehidupan dan ibadahnya setakat ini kepada kita ?


Sudah sempurnakah ibadah kita, seperti sahabat nabi? atau pun para ulama ?


berbanyakkan amalan, jgn dikejar sgt dunia, bahaya,...letakkan dunia di genggaman, tapi letakkan dunia di junjungan kepala :)

" من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم بذنبه "

(صحيح امام بخاري)

sape2 posa pd bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka diampunkan segala dosa2 nya yg lalu

(shahih imam bukhari)




" الخاسر : هو الذي خرج من المسجد بلا الدعاء "



"ORANG YANG RUGI : IAITU ORANG YANG KELUAR DARI MASJID TANPA BERDOA"

Sabtu, 4 Ogos 2012





اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك  وسلم

Bisnes yg menguntungkan, confirm xrugi kalau melabur, mai lah join :)


salah satu ganjaran yg besaq dpt dilakukan adalah menyediakan mknn utk org berbukak posa, jadinya sediakan lah mknn utk berbukak posa utk sape2 pun xpa....utk kawan2 ke...dll


banyakkan belanja kawan2 utk berbukak posa dlm bulan Ramadhan, insyaAllah dpt meningkatkan pahala. Ini adalah disebut dgn istilah `bisnes` dgn Allah, ingat `pelaburan` dgn Allah nie xpernah tertipu dan di aniyai krn kita sedang berurusan dgn Yang Maha Adil....


`Perdagangan` ini sgt menguntungkan ,,rebutlah :)




"(10) يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجرة تنجيكم من عذاب عليم

   (11) تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون في سبيل الله بأمولكم وأنفسكم ذلك خيرلكم إن كنتم تعلمون 



" Wahai orang yang beriman ! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (10),  (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu..Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11)

( surah as-Saff, ayat 10-11 )


makan berjamaah :)



Makan secara berjemaah itu sunnah nabi, tapi xsemestinya dgn talam, (tapi lagi baguih dgn talam, jimat pinggan dan dpt rapat ukhuwwah dgn lebih)


tapi makan berjamaah adalah makan berjamaah dlm satu2 masa seperti di dwn makan, kedai dan lain2....


insyaAllah kita mampu utk meningkatkan amalan sunnah :)


Ramadhan...

satu2 nya amalan yang unik lagi menaghik....

sebab puasa nie satu ibadah yg dpt mengurangkan riyak, krn kebanykkan riyak itu dtg dari maksud tunjuk2. maka setiap amalan memerlukan pertunjukkan bagi melaksanakannya. contohnya, solat, memerlukan pergerakan2 tertentu bagi melaksanakannnya dan perbuatan itu dpt dilihat oleh org sekeliling. Contoh ke-2, zakat, amalan ini memerlukan juga perbuatan yg zahir sepertimana ketika ingin membayaq duit itu kepada Amil...maka perbuatan itu diketahui oleh Amil dan jumlah wang itu diketahui olehnya. di antara amalan2 di rukun Islam, posa satu2 nya amalan yang xperlukan kepada praktikal secara terang-terangan. cuma perlu diam dan jaga adab2 berposa, tue ja...

jika kita berposa, hanya Allah dan kita shj tahu. Kebarangkalian nak riyak itu xbanyak....sbb riyak itu sebenarnya merosakkan amalan kita. Apa pun itu salah satu penyakit hati yg ada pada org yang berilmu.Mereka merasakan mereka memiliki seluas ilmu ibarat luasnya langit dan bumi, tetapi perlu ingat, ilmu itu sgt cikit, umpama setitik air di lautan shj. :)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kini sudah tiba kemuncaknya...

Ramadhan kini sampai dipertengahannya.....

Makna nya, kita sudah berjaya melaksanakan perintah Allah (puasa Ramadhan) dalam tempoh 15 hari,....bersyukur kerana dapat melakukan tanggungjawab sebagai hamba Allah

Sabtu, 21 Julai 2012

orang yang beruntung

-adalah mereka dapat kecapi nikmat Ramadhan dengan penuh ketaatan dan keredhaan Allah

Jumaat, 13 Julai 2012

Habibana Kazim Ja`afar as-Saqqaf

Dunia melahirkan pelbagai tokoh yang mempunyai latar belakang yang berbeza

Dunia nie melahirkan pelbagai tokoh.
Tokoh yang terbaik ialah mereka yang mampu memberi sumbangan yang terbesar kepada dunia.
Ade jugak dikalangan mereka yang memepunyai sejarah hitam dan peristiwa yang amat memberi makna kepada dunia, sehingga kejahatan mereka didewa-dewa oleh segolongan tertentu.

Sesunggunha tokoh yang amat terbaik ialah Nabi Muhammad sollahallah a`laihi wasallam, kerana baginda mempunyai banyak tanggungjawab. Baginda adalah seorang bapa, panglima tentera, perdana menteri, rasul, ketua para nabi dan kekasih Allah. Dan tugas utama diutuskan baginda ialah membawa rahmat kepada sekalian alam.
Cube kita bayangkan dan fikirkan , mane ade tokoh sebegini, walaupun sudah wafat hampir 1500 tahun yang lalu, tetapi fungsi baginda masih beroperasi dan amat penting dalam pelbagai aspek, baginda umpama berinteraksi dengan kita. Kerana kita masih merujuk kepada hadis sebagai tunjang ke-2 selepas al-Quran dalam menjatuhkan sesuatu hukum-hukum dalam Islam.

Semua umat di dunia ini amat susah untuk mentaati nabi mereka walaupun nabi mereka masih hidup sezaman dengan mereka , contohnya, pada zaman nabi Musa alaihisalaam. Nabi Musa meninggalkan mereka hanya 40 hari sahaja semata-mata untuk menerima wahyu dan beribadah kepada Allah,tetapi mereka telah pun kufur kepada Allah dan menyembah lembu Samiri. Ini bukti menunjukan bahwa kita umat Nabi Muhammad yang terbaik. Sesungguhnya, syurga Firdaus nanti kebanyak akan dipenuhi oleh umat Nabi Muhammad.

Oleh itu, kita masih berpegang dengan agama Allah ini walaupun baginda sudah wafat hamoir 1500 tahun yang lalu. Maka marilah kita mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah agar kita tergolong daripada orang yang terpilih oleh Allah .

Khamis, 12 Julai 2012

Ramadhan Karim

Hampir seminggu lagi kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang karim (mulia), sesungguhnya para sahabat Rasulullah sollallah a`laihi wasaalam tidak sabar akan kedatangan Ramadhan, dan mereka akan sedih akan pengakhiran Ramadhan
Minggu lepas saye berpeluang mengikuti majlis ilmu bersama dengan Habibana Kazim Ja`afar as-Saqqaf, beliau mempunyai salasialh berketurunan Nabi Muhammad sollallah a`laihi wasallam.
Beliau banyakmemberi nasihat yg sangat bermanfaat kepada hadirin dan hadirat yang datang, di Malaysia fenomena ziarah ulama Yaman ke Malaysia semakin kerap, itu membawa suatu keberkatan dan mampu mencorak biah Islamiah dan mentarbiah diri individu hadirin yang hadir,
sesungguhnya Nabi membawa dakwah Islam bukan hanya pada ucapan dan khutbah semata-mata, tetapi melalui akhlak yang terpuji, kekadang ade org kafir memeluk Islam semata-mata akhlak baginda yang mulia.


di antara nasihat Habibana ialah, 
1- sebelum menjelang Ramadhan ,pasangkan niat yg baik bagi melalui Ramadhan
2- cuba menghidupkan sunnah baginda
3- berbuka puasa dengan buah tamar, tak sama bukak puasa buah tamar dengan laicikang, kerana pahala akan diperolehi lebih bayak jika mengamalkan sunnah baginda
4- megkhatamkan al-Quran 30 juzuk


tujuan kita menghadiri majlis sebegini adalah untuk belajar dari segi pratikal gaya hidup dan akhlak pewaris nabi ini, mereka golongan muqarrabiin sentiasa ingat Allah dan mengamalkan sunnah baginda bukan setakat pada pakaian sahaja tetapi akhlak dan suasana.

Ahad, 8 Julai 2012

ANTARA INDIVIDU YANG MUSTAJAB DOA

1) seorang muslim yang mendoakan saudaranya

"doa seorang mukmin buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab.atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata: `Amin, dan buatmu juga seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya)." (riwayat Muslim)

2) orang berpuasa

3) pemimpin yang adil

"tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.") (riwayat al-Tirmizi)

4) orang yang dizalimi

"doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri." (riwayat Ahmad)

5) ibu bapa

6) musafir
"tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya." ( riwayat al-Tirmizi)

7) si anak yang berdoa buat ibu bapanya
"Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga.hamba itu bertanya,"wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh daat semua ini?.Allah menjawab : "dengan istigfar oleh anakmu untukmu!"

8) mujahid di jalan Allah


product yang diperolehi daripada majlis ilmu

pada 8 jun 2012 yang lalu ,saye berpeluang yang diberikan oleh Allah kepada saye untuk mengikuti kuliah mingguan di MATIN (maahad tahfiz imam Nawawi) , arau.
satu perkara yg xdapat saye lupekan ialah, suatu cerita suami isteri pada bulan Ramadhan,
si suami dlm keadaan yang malas, berkata kepada si isteri, " yang, belikan ja juadah berbuka kita, abg malas laa," si isteri yang dalam keadaan yang letih terus pergi ke bazar Ramadhan yg sangat hampir dgn tempat parking moto sepasang suami isteri itu,,
setelah sekian lama si isteri beli juadah sambil muka menunjukkan riak wajah yg sangat letih bercampur bengang kerana dipaksa oleh si suami, si isteri pon berkata, " jom abg, saye dah beli juadah untuk berbuka ".
mereka pon menunggang motosikal same2....setelah beberapa kilometer, si isteri menjerit, " ya Allah, org lain kaa??,"...rupe2 nye itu bukan suami dia, dia tersilap menunggang moto,..
si suami tunggu si isteri, " mane isteri aku ni,,,kate letih, tapi shopping sakan,"..

_KISAH BENAR BERLAKU KAT PERLIS_

Rabu, 27 Jun 2012

Universiti

kehidupan kat U xsame dgn sekolah, dahulu kita sentiasa dikawal oleh peraturan, maka pelbagai tekanan yang timbul...kini di U, tiada istilah peraturan ( memang kat U ade jugak peraturan, cume die xseketat di bangku sekolah, tue je...)
kat U bebas melakukan ape yang hendak dilakukan, cume bergantung pada diri sendiri hendak melakukan sesuatu, sekarang  cume Islam sahaja pembimbing diri supaya xtersesat di buaian nikmat dunia.....kekadang kat U nak solat pun terlupa kerana tiada seruan atau teguran khusus seperti di sekolah....
tapi jika kita sentiasa ingat Allah, dan Rasul-Nya,maka kita dapat mengawal diri, cume kekadang ade laa tersesat sikit, kerana kita manusia yang lemah, tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk melakukan kesalahan....semoga kejutan budaya yang berlaku ini dapat dirempuh dengan iman.....

Jumaat, 18 Mei 2012

Assalaamualaikum..pe khabar semua?

Kisah 1:
"Jgn bercouple, x baik"', kate seorg ustaz kpd anak muridnye."sape sini yg bercouple?"..." tanye si ustaz,"...seorang kawan tunjuk kpd kawannye yg sebelah tue " die couple, ustaz,"...."kamu bercouple ke?"..tanye si ustaz,..."ye saye couple,?" dijwab oleh kawan yg ditunjuk itu, name nye Azwa..."ngan sape?"...si ustaz tanye. " ngan dak Saiful tue,"....terkejut si ustaz, boleh lak ngaku couple....dh x malu, ....x mcm org dulu2 klo kene `gosip` ngan dak laki, die mungkin akan menangis atau marah atau pon segan r....tapi dak skrng??? ( budak darjah 3 tue...) -KISAH BENAR-

Rabu, 4 April 2012


Hidup di suasana pondok

Pondok - amat terkenal di Malaysia sebagai institusi agama yang amat menitik beratkan ilmu agama, suasana di sana amat berbeza di dunia luar, kekadang orang kate budak pondok nie jumud dan tidak berfikiran terbuka, ada seorang ustaz di pondok yang penulis kenal, beliau seorang yang warak, tetapi yang penulis hairan dengan beliau ialah, bagaimana beliau boleh tahu tentang dunia luar padahal beliau cuma terperap di dalam pondoknye je,,,,,,itulah karamah Allah berikan kepada hambanya yang terpilih,...kekadang beliau pandai berbicara tentang dunia melebihi seorang menteri,....beliau tahu berbahasa inggeris,,,,,,,,,

di pondok , ikhtilat (hubungan) antara bukan mahram amat menitik beratkan akan syariat Islam, amat jarang pelajar lelaki nampak pelajar perempuan,,,suasana di pondok boleh di kenali sebagai biah tarbiyah (suasana mendidik) bagi sesiapa yang hati kotor atau runsing, bolehlah pergi ke pondok,,,,pondok umpama gedung ilmu agama di Malaysia, pengajian sunnah seperti pengajian talaqi amat dititik beratkan oleh nabi, berkata syeikh Ali Juma`h, rukun ilmu ada lima 1guru 2 kitab 3 pelajar 4 suasana 5manhaj.....syeikh Ali Jum`ah ialah mufti mesir.......

berlainan di universiti, memang pengajian berteraskan talaqi ( guru bersemuka dengan pelajar) tetapi suasana ilmu itu kurang dan adab pelajar dengan guru kurang memuaskan, tetapi tidak semua universiti macam tu,,,,pondok sistem nye mudah sahaja....semua orang Islam berpeluang untuk belajar, ada seorang penuntut pondok yang penulis sempat berjumpa "abg belajar kat sini berape tahun", dia jawab" abg belajar baru je lagi, 7 tahun.." wa terkejut saye....abg tue seorang ummi ( tak tahu baca dan tulis) tetapi die sudah berkahwin.....Islam itu untuk semua kaum Islam tidak perlu kepada kepujian dalam result spm sahaje....

bersangka baiklah kita pada budak2 pondok nie,,,mereka bukan malas bekerja, jika kita menyelami hidup mereka ada di antara mereka yang bekerja dan tinggal di situ, dan ade yang tinggal di luar kawasan pondok, ...suasana nya terhindar dari maksiat yang bertebaran di luar sana, tetapi mereka open minded ( berfikiran terbuka) lebih dari kita....bahkan teknologi mereka lebih canggih dari kita......peliharalah sistem talaqi di Malaysia, dan sayangi lah Tok Guru2 pondok , sesungguhnya mereka penuh ilmu di dada, bukan sekadar sesuatu bidang sahaja tetapi meluas....pelihara mereka,,,mereka adalah aset dan harta khazanah negara kita Malaysia yang di sayangi......

Selasa, 3 April 2012

aku bukan pelacur r.....jaga cikit mulut tue

"oit, aku bukan pelacur r,,,,jaga cikit mulut tue ",....itu lah jeritan yang aku lemparkan kat jiran2 tetangga aku,..mereka gelarkan aku GRO/pelacur...padahal aku ada pekerjaan yang istimewa iaitu dancer club kat KL...(jgn panggil aku pelacur, tak beradab bahase tue...)....tugas aku adalah menari dan terus menari sehingga aku menemani VVIP sehingga larut malam,,,,,,cuma itu sahaja....kekadang aku `tidur` bersama mereka....itu je, salah ke?....lantak r kata orang.....


mcm mane aku boleh dapat kerja yang istimewa nie?.....aku seorang gadis kg yang datang ke KL utk mencari rezki......satu hari aku terjumpa seorang mak cik tua berbaju kurung kat Pudu Raya...."nak, datang KL wat pe?," aku jawab, "saya datang KL nak cari rezki, kat kg gaji nye cikit je, dengar cerite KL gaji lumayan, sebab tue saye try kalau de peluang,"...mak cik sebenarnye nak tolong aku, dia kate memang die cari orang untuk kerje ngan die,,,,,umpama ngantok disorongkan bantal r,,,memang aku tengah cari kerje....heheheh,,,,orang kate kalau duduk kat KL jangan percaye ngan orang tak kenal, tapi mak cik nie nampak baik je....pakai tudung, baju kurung,,,jadi aku pon terime je tawaran nye....hahaha....


mak cik tue bawak aku ke sebuah rumah yang agak lama tapi besar r jugak,,,,,aku tinggal di situ , dan dia berpesan kat aku tidur awal2 sebab aku punye keje `shift` malam......memang best, tak kene matahari pon,,,hahaha bekerja dan jage kulit,,,,,senang nye cari keje,,,aku hairan dengan orang yang menganggur tue ,,,ish....nape tak nak cari kerje....


malam tue mak cik tue kejut aku yang tengah tidur,,,"cepat2 siap, ni baju.... kene pakai uniform time keje", terkejut aku uniform yang diberi oleh mak cik tue, macam baju berenang je,,,,,aku pon terkejut tengok mak cik tue,,,,tak same macam first time aku jumpe die,,,,make-up nye macam artis, baju nye mcm sarung nangka....ketatnye,,,tak pe lah ...demi wang ,aku pon pakai `uniform` aku tue,,,,agak geli gelaman jugak dibuatnye,,,,selame ini aku pakai baju kurung je......aku di bawa oleh mak cik tue ke suatu bangunan yang agak besar macam hotel je,,,,,setelah beberape minit kemudian aku `diserahkan` kpd seorang lelaki tua yang berpakaian yang agak smart, mcm perdana menteri,,,,tuksedo....waa mesti kaye nie,,,,rupe2 nye aku adalah seorang pelayan nafsu VVIP...itulah kerje aku,,,aku teringat ustazah aku berpesan jangan melakukan perkara terkutuk nnti hidup tak senang....tapi aku hairan r....malam tue je aku dapat rm 1000....waa dlm semalaman je boleh dpt duit sebanyak itu....kalau macam nie aku nak keje seumur hidup r.....ustazah aku kate hidup tak senang, tapi aku senang je sekarang....hahaha....


sudah setahun aku keje yang `istimewa` itu...aku semakin kaye, aku keje di kelab2 malam di KL sebagai penari ghairah.....aku memang `laku`....tiap2 malam income aku menyerupai gaji sebulan org keje kerajaan...hahaha....suatu hari , aku terjatuh turun dari tangga hotel, aku tersungkur sambil menjerit tolong...!!!...tapi tak sape nak tolong aku sebab aku seorang yang jijik....aku terus mengesot ke koridor hotel...aku cube berjalan ...dan aku semakin ok.....hahaha aku sudah sihat cikit....ko nak uji aku ke Tuhan??...itu keluhan aku dalam hati ku...aku nie kuat ,mane senang diuji...hahaha....aku terus mencabar Tuhan dan aku semakin bertambah buat perkara keji,,,,semakin banyak aku buat, semakin bertambah rezki aku,,,,ooo....ini rupe nye kehidupan semakin banyak berusaha ,semakin bertambah income,,,,wat pe nak kan simpati dari Tuhan...aku boleh uruskan hidup ku tanpa Mu....hahaha...best kot.....aku semakin kaye dan kaye....duit dalam bank aku menyerupai seorang jutawan.....cuma aku tak gi tau sesape je.....nnti kawan2 aku pinjam pulak....aku tak nak kirim kat parent aku...wat pe...dulu mereka halau aku, sekarang aku halau mereka...hahaa....tetiba aku terime panggilan dari kg bahawe parent aku mati akibat rumah aku terbakar....hangus.....biarlah mereka....aku sibuk uruskan perniagaan aku sekrang nie.....kelab malam sendiri....aku sekarang yang mengumpul budak2 untuk dijadikan seperti ku dahulu , kerje ku same seperti mak cik yang aku jumpe first aku jejak ke KL...mak cik tu skrng  dah mati akibat dibunuh,,,,,,


suatu hari selepas aku lepas mandi, aku terjumpe satu parut yang baru di tubuh ku....aku letak krim supaya hilang cepat untuk aku bekerja malam nnti....rupe2 nye parut tue banyak sekali di belakang badan ku.....aduih...pe bendenye nie???aku terus gi klinik berdekatan untuk check.....aku hampir pengsan bahawa Dr mengatakan aku aku mengidap HIV dan AIDS positif...dua2 sekali .....jarang orang kene dua2 sekali.....


inilah akibat nye jika aku bekerja seperti ini, client aku banyak dan pelbagai background.....aku tetiba semakin lemah dan terus lemah , aku hampir pitam, aku msej kawan aku , mereka buat don`t know je....mereka kate sibuk,,,,aduih,,,,mcm mane nie.....aku sudah tiada sesiape..........akhirnye aku umpama bangkai bernyawa.....nanah di badan ku berlumuran....seperti air paip yang memancut keluar......
baru lah aku ketahui kewujudan Allah, baru aku teringat pesanan ustazah aku tue, aku sekarng tidak senang, duit aku di dalam bank tak terusik, ......aku duit banyak tapi badan ku sakit...duit bukan segalanya....badan ku busuk.....tiada seorang jiran pon ziarah aku,,,,dari dulu mereka pulau aku.....aku umpama tikus yang nazak.....aku tengah nazak nie....tetiba aku teringat akan parent aku,,,,,,,Ya Allah ampunilah aku....apa aku perlu buat.....diriku sekrang derita.....sebelum aku mati, aku berpesan kat wanita2 belasan tahun agar jangan sesekali percaya dengan orang dan hargai maruah yang ada, tutplah aurat mu,,,,sesungguhnye ia sebagai pembenteng supaya tidak jadi macam aku sekarang nie......dan satu lagi, jangan buat kerja terkutuk, nnti taidak senang di dunia dan akhirat.....sayang Allah banyak, Allah sayang kita terlalu banyak......semoga perjalanan ku ke barzakh di tolong oleh Allah.........

Nak Berubah tapi Segan r....nanti org kate pulak...(

hidup nak style...tapi mcm mane?...
kekadang style suatu yang merumitkan ,kekadang style suatu yang mebebankan...

urm...tapi kekadang nak berubah menjadi baik, seperti pakai tudung,gi sembahyang, dan lain-lain yang budak-budak baik buat....nak berubah TAKUT org kate pulak, pakai tudung, nnti org mengata,....urm...hidup-hidup..

suatu hari aku di datangi seorang lelaki, dia berkenalan dengan aku,,,,dia ingin aku menjadi kekasih hatinye....hahaha...lupekan lah hati untuk berubah....sekarang mase untuk aku `enjoy`....nnti sudah tua, tak ade peluang pulak....

..........................sudah sebulan aku berkenalan dengan lelaki itu, dia sering mengajak aku keluar pada waktu malam,kekadang best jugak,...hahaha   dunia ini umpama kekal selamanya...tiada pengakhiran....umpama usiaku seribu tahun....hahaha....inikah dikatakan dunia....best kot,,,tak payah tutup-litup macam minah arab,,,semua `open`...hahaha...`free hair`...
............................suatu hari aku diajak lelaki itu untuk pergi genting highland.....hahahaha best kot....tempat syurga dunia.....aku pon pergi....dengan gembira...

orang kata malang tidak berbau...tetapi aku berbau...semasa perjalanan..kami berbau terbakar di enjin kereta yang kami naik,,,kami pon berhenti di tepi jalan,,,,berjam-jam kami tunggu....akhirnya kerete sudah ok....kami teruskan perjalanan ke syurga dunia.....hahaha...best nye...
Tiba-tiba.......sebuah treler datang merempuh kerete kami....kami dalam keadaan terpinga-pinga...ingatan aku cuma satu....aku tak nak mati dalam keadaan begini...dan aku tidak bersedia mati lagi....

sejam kemudian aku lihat keadaan aku  semakin parah, lelaki tersebut retung....aku menjerit meminta pertolongan...tolong!!!!...keadaan aku semakin teramat lemah.....dan aku umpama dalam keadaan mengantuk......zzzzz....

tetiba aku sedar......aku dikerumuni oleh makcik-makcik tua sambil mulut mereka tergumat-gamit .....penglihatan aku kabur.....aku bertanya kepada mak cik Bedah, jiran kg aku.......kenape aku di kg sekarang nie??...apa yang sudah terjadi???....mak cik Bedah berbisik ke telinga aku...."kamu sudah koma 3 bulan....sebab tu kami bace kan yasin utk kamu, alhamdulillah kamu sudah sedar....,",aku tengok mak ayah aku sibuk melayan tetamu yang ziarah aku..... tetiba aku terasa kelainan pada diriku....haa....kaki aku sudah tiada...rupe2 nye kaki aku tersepit ketika kemalangan 3 bulan lalu.....habis le aku...macam mane nak jalan2 kat Mall, cinema....gggrrrr....aku masih tabiat lame, tidak sembahyang, tutup aurat walaupun Allah sudah tarik nikmat kakiku...aku ber`facebook` di atas katil aku, sambil comment dan kutuk kawan2 aku....mereka tidak tahu keadaan aku...kawan zaman sekarang....

aku terus lalai, dan lalai,,,,,,aku derhaka kata2 ibu bapa ku.....aku semakin degil dan umpama anak raja...hahaha...dilayan mcm tuan, bos.....hahaha....

suatu hari ari, aku terima panggilan dari seseorang melalui hanset aku....suara yang garau...."assalaamualaikum, nie anak encik Hashim dan puan Aminah??"( mak ayah aku)...aku jawab "ya nape??", ................rupe2 nye aku terima dari seorang pegawai polis bahawa parent aku dah meninggal dunia akibat di gilis treler kerana ingin membeli KFC yang aku mintak.......

hati ku punah...akibat keinginan aku , kedua ibu bapa aku terkorban......."Allah bantulah aku"...kalimah itu merupakan `baharu` bagi ku...aku tak pernah mnyebut nama Pencipta ku...aku sering kali menyebut nama ciptaanNya.....macam mane nie...aku sudah tiada sesiapa........hanya Allah harapan aku.....adakah aku di pandang oleh Allah..padahal aku tidak pernah bersujud kepadaNya??....apahal aku tidak pernah ikut perintahNya???...aku insan yang penderhaka......ADAKAH MASIH ADA RUANGAN UNTUK AKU BERTAUBAT???........

kesimpulan: pintu taubat ALLAH masih di buka ketika mana belum terjadi dua perkara ini, 1 matahari terbit belah barat 2 nyawa sudah berada di kerongkong.....jika dua perkara ini belum berlaku maka masih ada peluang untuk bertaubat......) SELAMAT BERAMAL

Isnin, 2 April 2012

Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa



Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Panadol



Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Nenek Tua



Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Aduhai...

pada suatu hari, si bos menegur pekerjanya yang sering datang lewat kerja."kamu tiap-tiap hari datang lewat, kamu nak jadi apa ?", dengan selamba pekerjanya bertanya bos" bos datang kerja pukul berape?", jawab bosnya, "saya datang lebih awal dari awak, pukul 7.45 pagi", si pekerja menjawab, "ha, bos seorang yang malas.",bosnya bertanya, "kenapa kamu berkata macam tu?", si pekerja menjawab, "saya datang pukul 11 pagi , angka 11 lebih banyak daripada 7, itu menandakan saya lebih efisien dalam menentukan kuantiti kerja," si bos pergi dengan hati yang sedih akan si pekerjanya yang gila nombor ekor itu......

KESIMPULAN: jangan menikam nombor ekor !!!

Jom kenali sahabat nabi

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

nama: Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd Uzza


keturunanan: Bani `Adi


tarikh lahir:584 Masihi iaitu 13 tahun selepas kelahiran nabi


tempat lahir:Makkah


jawatan:Khalifah ke-2 daripada Khulafa ar-Rasyidin


tarikh jadi khalifah: hari selasa , 22 Jamadil Akhir tahun 13 hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi


tempoh memerintah: 10 tahun


tarikh wafat:bulan Zul Hijjah tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun


sebab kewafatan: dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairuz (Abu Lukluah)


gelaran: al-Faruq (pemisah di antara hak dan bathil) 

DUNIA vs AKHIRAT

Dunia
kita kejar dia.....rugi

Akhirat
kita kejar dia....berbakti

Selasa, 27 Mac 2012

Awas !

Apabila kita merasakan diri kita adalah seorang yang alim...ketahuilah ada orang yang lebih alim daripada kita
Apabila kita merasakan diri kita kuat ibadah...ketahuilah ada orang lebih kuat ibadah daripada kita

#Jadilah diri kita yang sentiasa merasakan kekurangan ilmu dan ibadah supaya terhindar daripada ujub (takjub/hairan terhadap diri sendiri)#

Isnin, 12 Mac 2012

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.
(Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith: 
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Sabtu, 10 Mac 2012

SEDIKIT tapi BERTERUSAN

Abi Shalih bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah:
Amal ibadah apakah yang paling disukai oleh Rasulullah? Aisyah dan Ummu Salamah menjawab, "Amal ibadah yang dilakukan berterusan meskipun sedikit."
(riwayat at-Tirmizi)




Kita digalakkan tamak dalam mengerjakan ibadah kepada Allah SWT, tetapi jangan sesekali tamakkan dunia.Walau bagaimanapun, sebaik-baik amal ibadah adalah berterusan.Berdasarkan pada hadis di atas menunjukkan bahawa walaupun amal ibadah itu sedikit tetapi ia berterusan maka ia dinilai sebagai sebaik-baik amal ibadah.
Tidak dinafikan bahawa kita manusia yang lemah dan keimanan kita kadang-kadang bertambah, kadang-kadang berkurang.Oleh itu marilah lakukan amal ibadah yang berterusan. Bagaimana?...Semuanya bermula daripada sedikit-sedikit.
Sebagai contoh, kita taklif (tanggungjawabkan) ke atas diri kita membaca al-Quran 1 mukasurat sehari.Amalan ini amat ringan dan tidak memerlukan daya yang banyak.Oleh itu, ia sebagai pemfaktor untuk melakukannya tiap-tiap hari atas alasan amalan ini senang dan ringan.Berbanding jika kita membaca al-Quran pada hari pertama 100 muka surat, tetapi ianya berkekalan hanya 2 hari sahaja dan kita tidak melakukannya sehingga tahun depan.Ini bermakna kita telah meninggalkan al-Quran dalam jangka masa yang lama atas alasan malas untuk melakukan amalan yang berat dan banyak.
Oleh itu , jadikan hadis di atas sebagai panduan dan pengajaran kepada kita.Biarlah kita melakukan amal yang SEDIKIT tapi BERTERUSAN. Berbanding dengan Rasulullah sollallahu a`laihi wasallam , baginda melakukan amal ibadah yang BANYAK tapi BERTERUSAN.


JADIKAN NABI SEBAGAI CONTOH YANG TERBAIK 

Jumaat, 9 Mac 2012

Sikap Pemaaf dan Lemah-Lembut Rasulullah: Pemangkin Ke arah Kecemerlangan Dakwah Islam



Oleh: Mohd Sukki Othman (Ust Shauqi)
Sikap pemaaf dan lemah-lembut (bersopan-santun) merupakan satu sikap yang amat luhur dan murni serta memberikan banyak kebaikan. Tiada ruginya memaafkan kesalahan orang lain walaupun nyata mereka bersalah. Namun, apabila seseorang itu mempunyai hati yang keras dan penuh dendam, maka amat sukar sekali untuk memaafkan orang lain. Contoh pemaaf dan lemah-lembut yang dipamerkan oleh Rasulullah saw merupakan suatu sifat yang sepatutnya dicontohi oleh setiap generasi umat Islam.
Melatih diri untuk memiliki akhlak seumpama ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak. Ini kerana setiap manusia tidak pernah terpisah daripada masalah dalam hidup, jika ia tidak membekalkan dirinya dengan akhlak ini, nescaya ia akan gagal untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Hebatnya sifat lemah-lembut dapat dilihat melalui pujian Rasulullah terhadap sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya: "Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)." (Hadis Riwayat Muslim).
Antara akhlak Rasulullah s.a.w. yang hebat ialah sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri. Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah swt telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut semasa berurusan dengan orang lain. Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 159 bermaksud:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya".
Rasulullah saw bersifat lemah-lembut dalam pertuturan, pergaulan dan tindakan. Sifat mulia yang dipamerkan oleh Rasulullah ini menyebabkan ramai golongan musyrikin tertarik kepada ajaran Islam. Orang yang berhati keras dan menentang dakwah berubah menjadi seorang yang beriman dan cinta kepada Allah dan RasulNya setelah mengenali peribadi luhur junjungan nabi Muhammad saw ini.
Pernah suatu ketika, seorang musyrik telah menghunuskan pedangnya kepada Rasulullah seraya bertanya, 'siapakah yang dapat melindungi engkau daripada aku membunuhmu sekarang?'. Lalu jawab Rasulullah, 'Allah yang melindungi aku daripada sebarang tindakan jahat engkau'. Setelah mendengar jawapan Rasulullah itu, pedang yang berada pada tangan lelaki tersebut tiba-tiba terjatuh menyebabkan lelaki tersebut tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa. Lantas Rasulullah mengambil pedang itu, seraya bertanya: 'siapakah pula yang akan melindungi engkau?'. Lelaki itu sambil terketar-ketar menjawab, 'kemaafanmulah sahaja yang dapat melindungiku'. Setelah Rasulullah memaafkan perbuatan lelaki itu dan melayannya dengan baik, maka lelaki tersebut begitu tertarik dengan dengan sikap pemaaf dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah, lantas memeluk Islam.
Rasulullah saw selalu memaafkan kesalahan yang dilakukan terhadap baginda. Nabi Muhammad saw tidak pernah menyimpan perasaan dendam kepada orang lain walaupun terhadap musuh yang sentiasa menghalang dakwah baginda. Sebaliknya, baginda sentiasa berdoa agar mereka dikurniakan hidayah untuk menerima ajaran Islam yang suci murni. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 199, bermaksud: 'Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.' Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril. ''Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?'' Jibril menjawab, ''Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu".
Ketika golongan Thaqif di Ta’if menolak mentah-mentah dakwah dan seruan nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan menadah tangan berdoa pada Allah: ‘Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu keda’ifan tenagaku…..' (Rujuk Fiqh al-Sirah, oleh Syeikh Dr Said Ramadhan al-Buti). Dalam pada itu, Rasulullah saw juga berdoa agar generasi mereka menerima hidayah Islam dengan sabda baginda: ‘Bahkan apa yang aku mahu ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu mereka) golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu’. (Sila rujuk kitab Muhammad al-Insan al-Kamil, oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid ‘Alawi al-Maliki).
Pada hari pembukaan Kota Makkah, Abu Sufyan memeluk Islam bersama isterinya Hindun Binti 'Utbah. Walaupun pasangan suami isteri ini pernah menjadi penentang dakwah Islam dengan begitu kuat, namun Rasulullah saw menerima keIslaman mereka serta memaafkan perbuatan mereka bersama orang Quraisy yang lain. Rasulullah saw telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada musyrikin Makkah yang pernah memusuhi baginda.Rasulullah saw berkata pada hari pembukaan kota Makkah: 'Apakah yang kamu sangka aku akan lakukan terhadap kamu sekarang ini?'. Mereka menjawab, 'kami bersangka baik terhadap tuan, engkau orang yang mulia dan putera kepada orang yang mulia'. Lalu Rasulullah saw bersabda:"Pergilah…kamu semua dibebaskan!".
Rasulullah saw juga telah memaafkan Hubur bin Aswad, seorang yang terkenal memusuhi Islam dan banyak menyakiti hati kaum Muslimin. Bahkan dia juga pernah menyakiti puteri Rasulullah saw yang bernama Zainab iaitu apabila unta yang dinaiki oleh Zainab dalam perjalanan ke Madinah telah dipanah oleh Hubur sehingga menyebabkan unta itu jatuh lalu mati. Zainab yang pada ketika itu sedang mengandung terhumban dari atas unta menyebabkannya keguguran. Namun setelah itu, iaitu pada peristiwa pembukaan kota Makkah, Rasulullah memaafkan Hubur apabila beliau menemui Rasulullah untuk memohon maaf daripada baginda dan seterusnya menjadi pengikut agama Islam. Begitulah hebatnya akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah saw.
Firman Allah swt dalam Surah al-Syura ayat 43 maksudnya : "Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)".
Firman Allah lagi dalam surah Ali 'Imran ayat 133-134 bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orangyang bertaqwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik".

Abu Hurairah



Oleh: Ustaz Shauqi
Abu Hurairah ialah tokoh perawi hadis yang terkenal. Beliau merupakan penghafal hadis yang terulung dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak memeluk Islam, beliau sangat akrab dengan Rasulullah s.a.w. Beliau banyak mengikuti aktiviti dakwah Rasululah s.a.w. Beliau juga dikurniai Allah dengan daya ingatan yang kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadis daripada Rasulullah s.a.w. Beliau berasal daripada kabilah al-Dusi, iaitu satu suku kaum yang tinggal di Yaman. Beliau merupakan anak yatim yang tinggal bersama ibunya sahaja semenjak kecil.
Abu Hurairah memeluk Islam melalui Tufail bin Amru, iaitu ketua kaum al-Dusi. Apabila Tufail bin Amru memeluk Islam, beliau telah menyeru kaumnya supaya memeluk agama suci itu. Abu Hurairah merupakan antara orang yang mula-mula menerima seruan Tufail untuk memeluk agama Islam. Pada tahun ke-7 Hijrah, Abu Hurairah telah pergi ke Madinah bersama-sama dengan Tufail bin Amru. Beliau menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan keislamannya. Semenjak bertemu dengan Rasulullah s.a.w., Abu Hurairah menjadi sangat rapat dengan baginda. Beliau tinggal di pondok masjid Nabi dan sentiasa mengikut kegiatan dakwah baginda.
Ketika dilahirkan, Abu Hurairah diberi nama Abdul Syams yang bermaksud ‘Hamba Matahari’. Beliau diberi nama itu kerana suku kaumnya merupakan penyembah matahari sebelum memeluk Islam. Apabila bertemu Rasulullah s.a.w., baginda telah menukar nama Abu Hurairah kepada Abdul Rahman bin Sakhr. Walau bagaimanapun, beliau lebih terkenal dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau mendapat gelaran sebagai Abu Hurairah kerana beliau amat sayang kepada kucing. Pernah diriwayatkan pada suatu masa Rasulullah ternampak ada sesuatu di dalam lengan baju beliau, lalu Rasulullah bertanya kepadanya. Apabila ia menunjukkan terdapat anak kucing di dalam lengan bajunya, sejak itulah beliau digelar Abu Hurairah yang bermaksud "bapa segala kucing" (Sila rujuk http://ms.wikipedia. org/wiki/Abu_Hurairah).
Apabila Abu Hurairah memeluk agama Islam, ibunya masih tetap dengan kepercayaan lamanya. Dia enggan mengikut Abu Hurairah memeluk agama Islam. Disebabkan terlalu sayang akan ibunya, Abu Hurairah berusaha menyeru ibunya supaya memeluk Islam. Pada mulanya, ibu Abu Hurairah enggan memeluk Islam. Malah dia mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap Rasulullah s.a.w. apabila Abu Hurairah cuba mengajaknya memeluk Islam. Hal itu menyebabkan Abu Hurairah sangat dukacita. Beliau telah mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta baginda berdoa agar hati ibunya terbuka untuk menerima Islam. Rasulullah s.a.w. telah memenuhi permintaan Abu Hurairah itu. Baginda berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi petunjuk kepada Abu Hurairah. Berkat doa baginda, ibu Abu Hurairah akhirnya telah memeluk agama Islam.
Satu daripada keistimewaan Abu Hurairah ialah daya ingatannya yang sangat kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadis Rasulullah s.a.w. Beliau juga amat minat dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama Rasulullah. Walaupun beliau seorang yang miskin, namun, kemiskianannya itu tidak menghalang beliau untuk berusaha sedaya-upaya menimba ilmu pengetahuan. Pernah suatu ketika, khalifah Marwan bin al-Hakam cuba menguji daya ingatan Abu Hurairah. Beliau telah mengundang Abu Hurairah ke satu majlisnya. Apabila Abu Hurairah tiba, Marwan meminta beliau membacakan beberapa hadis. Seorang jurutulis Marwan mencatatkan hadis itu tanpa pengetahuan Abu Hurairah. Pada tahun berikutnya, sekali lagi khalifah Marwan mengundang Abu Hurairah ke majlisnya. Apabila Abu Hurairah tiba, beliau diminta menyebut semula hadis-hadis yang diucapkannya dahulu. Abu Hurairah pun membacakan semula hadis-hadis itu tanpa satu kesalahan pun. Peristiwa ini menunjukkan keistimewaan daya ingatan Abu Hurairah. Bahkan Imam Syafie juga mengakui tentang kekuatan daya hafalan Abu Hurairah. Oleh sebab itu, hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau tidak diragui.
Beliau banyak memberi sumbangan terhadap Islam. Disebabkan akrabnya beliau dengan Rasulullah, beliau dikatakan meriwayatkan sebanyak 5,374 hadith. Hadith beliau yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 Hadith, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith. Dan oleh Muslim sebanyak 189 Hadith.
Pada zaman Rasulullah, beliau pernah diutus oleh baginda untuk berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah al-Hadrami. Disamping itu, beliau pernah diutus bersama Qudamah untuk mengutip jizyah di Bahrain. Tidak lama kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor Bahrain.
Pada zaman Umar al-Khattab, beliau pernah dipecat kerana dituduh menyimpan wang sebanyak 10,000 dirham. Tetapi apabila dibicarakan, beliau berjaya membuktikan bahawa duit tersebut adalah hasil dari memelihara kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar menerima pejelasan tersebut dan meminta beliau kembali sebagai Gabenor, namun beliau menolak.
Pada zaman Khalifah Uthman, sewaktu berlaku fitnah terbesar kepada khalifah, Abu Hurairah dan 700 orang Muhajirin dan Ansar tampil mengawal rumah khalifah. Namun, tindakan mereka untuk berperang dilarang oleh Khalifah Uthman.
Pada zaman Khalifah Ali pula, Abu Hurairah pernah menolak tawaran untuk menjadi Gabenor Madinah. Apabila terjadi pertempuran antara Muawiyah dan Ali, beliau mengambil sikap berkecuali dan menghindari fitnah.
Beliau meninggal dunia pada 57 atau 58H ketika berumur 78 tahun. Kehilangan beliau dalam dunia Islam ibarat kehilangan suatu permata yang amat berharga.

Khamis, 8 Mac 2012

April fool...!!!!

April Fool
Biasanya apabila datang 1 April maka remaja Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain. Telah dikatakan bahawa sejarah 'April Fool' merujuk kepada Tentera Kristian di Sepanyol yang berjaya menipu dan membunuh umat Islam secara beramai-ramai di Sepanyol, sehinggakan tarikh keramat ini dirayakan pada setiap tahun sebagai 'The Aprils Fool Day'. Walaupun cerita atau kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.... namun budaya menyambut April Fool ini seolah-olah telah dapat diterima di seluruh dunia termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri. Sebagai muslim, kita hendaklah menjadikan ajaran Islam sebagai panduan supaya tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam, apatah lagi sesuatu yang boleh membawa kepada implikasi yang negatif. Sabda Rasulullah saw yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum (golongan), dia termasuk dalam kalangan mereka". Mereka yang menyambut April Fool ini sanggup berbuat apa sahaja termasuk menipu dan sebagainya semata-mata untuk menghidupkan budaya ini. Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menipu, mengaibkan orang dan sebagainya merupakan perkara dosa yang hanya boleh merenggangkan dan memutuskan hubungan sesama manusia. Walaupun kadang-kadang ia hanyalah sekadar untuk bergurau, namun gurauan itu pun ada had dan batasnya. Gurauan memang merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam kehidupan. Justeru, seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab gurauan agar gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan dan tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam. Itulah indahnya Islam!. Sehubungan dengan itu, hindarkanlah daripada gurauan yang boleh menyakiti hati orang lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, menghina orang lain, memperlekehkan seseorang, menggelarkan orang lain dengan sesuatu gelaran yang tidak disukainya, apatah lagi apabila mereka-reka cerita dan berbohong dalam bergurau.

Cara Hidup Remaja Kini :)



Remaja....remaja...remaja...:)




Remaja nak enjoy je...(sbb aku pun remaja).....mane boleh ditegur...mane boleh dipaksa.....:)
itu kehidupan kami.....
Tetapi tiap2 hari mencari ketenangan.....jadi enjoylah....enjoy mungkin dapat ketenangan


Kalau bagi remaja kini .....enjoy= clubbing, boling, lepak kat Mall, drinking, rempiit...=duit habis :(


???? (x tenang pon)


rupe2 nye ade enjoy yg x keluarkan 1 sen pun, x penat pon, .....hahaha...tenang sampai bile2.....sampai ke tua.... enjoy pe tue???


..............,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,---taqarrub ilallah (dekatkan diri pada Allah)---,,,,,,,,,,,...................

Allah wujud


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Kisah Manusia, Malaikat dan Syaitan


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

AKHLAK MULIA

Saidina Ali k.w. telah berkata, "Akhlak mulia terdapat 10 perkara:


-Memiliki akal yang sempurna
-Taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT
-Memiliki ilmu
-Sopan santun
-Pemurah
-Memberi manfaat kepada orang lain
-Suka berbuat baik
-Sabar
-Bersyukur kepada Allah SWT
-Lemah lembut dalam tindak tanduknya