Subhanallah

Rabu, 25 Januari 2012

SEDIKIT tapi CUKUP...

SESIAPA BERTAKWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR DAN MEMBERINYA REZEKI DARIPAD ARAH YANG TIADA DISANGKA-SANGKANYA.DAN SESIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANNYA   (surah at-Thalaq: 23)


$ walau gaji kita sebulan RM 200 tetapi Allah kurniakan keberkatan maka lebih mencukupi dan selesa berbanding orang yang gaji sebulan RM 20 000,,tetapi tiada keberkatan (kerana terdapat unsur haram dan penipuan, rasuah, dan lain-lain) maka selamanya tidak mencukupi...


UJIAN SATU TEBUSAN...

IMAM BUKHARI DAN MUSLIM MENGETENGAHKAN SEBUAH RIWAYAT, BAHAWA RASULULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA: " TIADALAH MUSIBAH YANG MENIMPA ORANG YANG BERIMAN, BAIK BERUPA SAKIT, SEDIH, SUSAH, MAHUPUN TERKENA DURI KAKINYA, KECUALI ALLAH AKAN MENJADIKANNYA SEBAGAI TEBUSAN (KAFARAT) ATAS PERBUATAN DOSA YANG TELAH DILAKUKANNYA."

rupa-rupanya, musibah yang melanda kita adalah nikmat daripada Alla S.W.T....kerana jikalau kita tidak ditimpa musibah, kemungkinan dosa-dosa yang kita lakukan tidak ada penebusnya...

kesimpulannya, sentiasa ingat Allah ketika sakit atau sihat, kaya atau miskin,,,,kerana Allah jualah tempat mengadu dan meminta...

Selasa, 17 Januari 2012

my FREINDS

KATEGORI DOSA

AQIDAH

-syirik dan menyekutukan Allah
-mengamalkan sihir

AKHLAK

-tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu-bapa dan sesama manusia
-berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan
-memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad, tipu daya, khianat dan sebagainya

IBADAH

-meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat
-apabila lalai melaksanakan perintah Allah, tidak segera menggantikannya.Contohnya, tidak menqada solat
 fardhu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada

MUAMALAT

-membuat urusan bersangkutan riba
-mengurangi timbangan dalam jual beli




-

WAHAI SAUDARA....kenali dosa dan jauhinya

BERDOSA KEPADA SIAPA???


-ALLAH
Salah satu dosa terhadap-Nya ialah syirik kepada Allah.Namun, ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik.Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah.Sedangkan Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.




-DIRI SENDIRI
Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain , menukar jantina atas dasar kecendurangan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya.Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.




-ORANG LAIN
Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya.Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.

Isnin, 9 Januari 2012

APAKAH TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT ???

1  SENTIASA MELAKSANAKAN SOLAT BERJEMAAH, (YANG PALING AFDAL IALAH DI MASJID)

2  MENJAGA MAKANAN DAN MINUMAN AGAR TERJAMIN HALALNYA

3  MEMBANYAKKAN SEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

4  JANGAN BERSOLAT DENGAN MENANGGUHKAN UNTUK MEMBUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL DAN PERKEMASKAN SEGALA URUSAN SUPAYA TIDAK TIMBUL KEBIMBANGAN DALAM SOLAT

5  MENGAMBIL WUDUK DENGAN SEMPURNA  SUPAYA AIR MENGENAI SEMUA ANGGOTA YANG WAJIB SERTA MENGINGATI NIAT ATAU DOA APABILA AIR MELALUI SETIAP ANGGOTA

6  MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSIH DAN KEMAS SEPERTI HENDAK MENGHADAP PEMBESAR NEGERI

7  TEMPAT SUJUD DIPASTIKAN SUPAYA TIDAK ADA GAMBAR YANG MENGGANGGU FIKIRAN  ATAU MEMBIMBANGKAN HATI

8  MENGINGATI MATI DAN KEMUNGKINAN ITU MERUPAKAN SOLAT YANG TERAKHIR SEKALI DALAM HIDUP

9  MENYEDARI BAHAWA IA SEDANG BERHADAPAN DENGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA RAHSIA HAMBANYA

10  MEMENUHKAN DADA DENGAN PERASAAN TAKUT DAN RENDAH DIRI TERHADAP ALLAH YANG MELIHAT SEGALA GERAK-GERI KITA

11  MEMAHAMI SEGALA BACAAN DALAM SOLAT TERMASUK AYAT-AYAT QURAN DAN ZIKIR

12  SEBELUM MENGANGKAT TAKBIR, MEMBACA SURAH AN-NAS, SELAWAT ATAS NABI SAW, ISTIGFAR DAN APA-APA BACAAN UNTUK MENJAUHKAN GANGGUAN SYAITAN

13  MEMANDANG KE TEMPAT SUJUD DAN TIDAK TERLALU BANYAK MENGGERAKKAN ANGGOTA DAN BERPALING SEMASA DALAM SOLAT

14  MEMUSATKAN SELURUH INGATAN KEPADA SOLAT

15  MEMANJANGKAN SEDIKIT TEMPOH SEMASA RUKUK DAN SUJUD

16  MEMASTIKAN TIDAK ADA GANGGUAN  DALAM KAWASAN KITA BERSOLAT

17  JANGAN MEMANDANG KE KIRI DAN KE KANAN

Ahad, 8 Januari 2012

KISAH PENJUAL IKAN





Seseorang mulai berjualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan "Disini Jual Ikan Segar"

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata :DISINI ? Bukankah semua orang sudah tau kalau kau berjualan DISINI , bukan DISANA?"

"Benar juga!" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.

"Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tau kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dantinggallah tulisan "JUAL IKAN"

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakantulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tau kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?"

Benar juga pikir si penjual ikan,, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggalahtulisan "IKAN"
Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tau kalau ini Ikan bukan Daging?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

(Author Unknown)

Sahabat, Bila kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah itu hal yang mustahil.... atau bahkan kita malah justru merugikan diri sendiri

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbeda pendapat. Terbukti perumahan mungil2 yang dulunya sama semua, dalam hitungan tahun sudah menjadi beda semua...

Jadi utamakan suara hati anda... biarlah orang lain berpendapat..., tapi saringlah, cerna kembali pendapat mereka... apakah sesuai dengan kata hati anda?... jika tidak, maka tegaslah tuk mengatakan... "Tidak!... maaf" :)
 

INDAHNYA BUAL BICARA RASULULLAH








AISYAH BERKATA:

SEBELAS ORANG WANITA DUDUK DAN BERBUAL-BUAL.MEREKA SEPAKAT TIDAK MENYEMBUNYIKAN SATU PUN PERIHAL SUAMI MEREKA.

WANITA PERTAMA BERKATA,"SUAMIKU BAGAIKAN DAGING UNTA KURUS  YANG TINGGAL DI PUNCAK GUNUNG BERBATU-BATU( SUKAR DIRAIH DEK SOMBONGNYA).TIDAK ADA TANAH DATAR BUAT MENDEKATINYA (AKHLAK TIDAK BAIK) DAN BADANNYA BERISI SEHINGGA TIDAK ADA LEMAK DAPAT DIAMBILNYA DARIPADANYA (TIDAK MANFAAT KEPADA ORANG LAIN)."

WANITA KEDUA BERKATA ,"AKU TIDAK BERANI BERCERITA MENGENAI SUAMIKU.AKU TAKUT DICERAIKAN .JIKA AKU BERCERITA JUGA, IA SAMA SEPERTI MENYEBUTKAN URAT LEHER DAN PUSATNYA( DIA MEMILIKI KEBURUKAN LUAR DAN DALAM)."

WANITA KETIGA BERKATA, "SUAMIKU KURUS TINGGI ( JASADNYA) DAN TIDAK MENARIK (AKHLAKNYA). JIKA AKU MENGUNGKAPKAN KEBURUKANNYA ,AKU AKAN DICERAIKAN ,JIKA AKU DIAM , DIA AKAN MENGABAIKANKU (SEOLAH-OLAH AKU TIDAK MEMILIKI SUAMI)."

WANITA KEEMPAT BERKATA,"SUAMIKU BAGAIKAN MALAM DI TIHAMAH (SEBUAH NEGERI DI ANTARA PANTAI DAN PERGUNUNGAN YANG MEMILIKI CUACA YANG STABIL).TIDAK PANAS DAN TIDAK SEJUK.TIDAK MENAKUTKAN DAN TIDAK MEMBOSANKAN."

WANITA KELIMA BERKATA," SUAMIKU JIKA DI RUMAH SUKA TIDUR DAN BEREHAT SEPERTI HARIMAU KUMBANG ,MANAKALA KETIKA DI LUAR RUMAH DIA SEPERTI SINGA . DIA TIDAK PERNAH MEMPERSOALKAN PEMBERIANNYAKEPADA RUMAH TANGGA KAMI."

WANITA KEENAM BERKATA,"SUAMIKU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SISA PADA MAKANAN DAN MINUMANNYA. DIA MENGGUNAKAN SELIMUT SENDIRIAN SEMASA TIDUR DAN TIDAK PERNAH MENGAMBIL BERAT AKAN KEADAANKU."

WANITA KETUJUH BERKATA," SUAMIKU MANDUL DAN KURANG BIJAK. SELURUH PENYAKIT YANG ADA DALAM KEHIDUPAN INI, ADA PADANYA.DIA DAPAT MEMUKUL KAMU ATAUPUN MENGUSIR KAMU ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI."

WANITA KELAPAN BERKATA," SUAMIKU MEMILIKI SENTUHAN YANG LEMBUT SELEMBUT SENTUHAN ARNAB , DAN BAUNYA HARUM SEHARUM WANGIAN ZARNAB."

WANITA KESEMBILAN BERKATA," SUAMIKU SETINGGI TIANG ( MARTABATNYA TINGGI DI KALANGAN MASYARAKAT ), SEPANJANG PEDANG (BERJIWA PERWIRA), BANYAK ABU (DAPUR SELALU MENYALA BUAT MEMASAK UNTU TETAMU YANG DATANG KE RUMAH) DAN RUMAHNYA DEKAT DENGAN TEMPAT BERKUMPUL."

WANITA KESEPULUH BERKATA," SUAMIKU ADALAH SEORANG YAG KAYA. KAYA YANG BAGAIMANA ? KAYA YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEMUA ITU . DIA MEMILIKI UNTA YANG BANYAK DI KANDANGNYA , TETAPI SEDIKIT DI TEMPAT MENGGEMBALA. JIKA UNTA-UNTA ITU MENDENGAR BUNYI MUZIK GAMBUS , MEREKA TAHU MEREKA BAKAL DISEMBELIH ( DAN DIHIDANGKAN UNTUK PARA TETAMU)."

WANITA KESEBELAS BERKATA," SUAMIKU ADALAH ABU ZAR`IN. DIA MEMBERIKAN BARANG PERHIASAN DI KEDUA-DUA TELINGA AKU, MEMBUATKAN AKU MENJADI GEMUK DAN MEMBERIKU KEHIDUPAN YANG SENANG DAN BAHAGIA. SEBELUM BERTEMU DENGANNYA, AKU HIDUP DI KALANGAN ORANG SUSAH DAN PENGGEMBALA KAMBING , NAMUN SELEPAS BERTEMU DENGANNYA , AKU DAPAT MERASAI NIKMAT HIDUP DI KALANGAN PEMILIK KUDA, UNTA, LEMBU DAN LADANG.AKU SUKA BERBICARA DENGANNYA , KATA-KATAKU TIDAK PERNAH DIPERKECIL-KECILKAN. AKU DAPAT TIDUR DENGAN TENANG SAMPAI KE PAGI , DAN DAPATMINUM SEHINGGA KENYANG.IBU MERTUAKU PULA SEORANG WANITA YANG MEMPUNYAI RUANG MAKAN YANG LUAS DAN RUMAH YANG BESAR ( KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA). ANAK LELAKI KAMI MEMILIKI TUBUH YANG SEDERHANA DAN IDEAL.DIA BUKAN SEORANG YANG KUAT MAKAN.DIA DAPAT KENYANG HANYA DENGAN SEPOTONG DAGING KAKI KAMBING.ANAK PEREMPUAN KAMI PULA , SEORANG YANG TAAT KEPADA KEDUA-DUA ORANG TUANYA . BENTUK BADANNYA BAGUS DAN SESIAPA YANG MELIHAT KECANTIKAN DAN AKHLAKNYA, PASTI AKAN CEMBURU.KAMI MEMILIKI PEMBANTU YANG TIDAK SUKA BERGOSIP. ORANGNYA JUGA AMANAH DAN SELALU MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH KAMI."

WANITA KESELAS MENERUSKAN CERITANYA ," PADA SUATU HARI, ABU ZAR`IN KELUAT BERMUSAFIR . KETIKA ITU JUGA, SUSU HAIWAN PELIHARAAN YANG ADA  BAGI PROSES SEDANG MELIMPAH RUAH. DALAM PERJALANNANYA, ABU ZAR`IN BERTEMU DENGAN SEORANG WANITA YANG MEMILIKI SUSUK TUBUH YANG MENARIK DENGAN DUA ORANG ANAKNYA YANG LINCAH SEPERTI HARIMAU BINTANG. SELEPAS ITU ABU ZAR`IN MENCERAIKAN AKU DAN MENIKAHI WANITA ITU. AKU PULA MENIKAH DENGAN SEORANG LELAKI MULIA DAN DERMAWAN. DIA MAHIR MENUNGGANG  KUDA DAN MEMEGANG TOMBAK KATHTHI ( NAMA TEMPAT ASAL TOMBAK INI DIBUAT. IA ADALAH SEBUAH DESA DI PANTAI LAUT OMAN). PADA SUATU  PETANG , DIA MENUNJUKKAN KEPADAKU HAIWAN TERNAKANNYA , LALU MEMBERIKAN SEPASANG DARIPADA SETIAP HAIWAN YANG DIA MILIKI. KATANYA," WAHAI UMMU ZAR`IN ! MAKANLAH DAN BERILAH KEPADA KELUARGAMU!".BIARPUN AKU KUMPUL SEMUA KEBAIKAN DAN PEMBERIANNYA KEPADAKU , IA MASIH BELUM DAPAT MENANDINGI PEMBERIAN ABU ZAR`IN YANG PALING KECIL."

LALU AISYAH BERKATA," RASULULLAH BERKATA KEPADAKU, " AKU BAGIMU UMPAMA ABU ZAR`IN KEPADA UMMU ZAR`IN ."

                                                                                     (direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi)

(keterangan : HADIS INI BERTARAF SAHIH. DILAPORKAN OLEH ALI BIN HUJR , DARIPADA ISA BIN YUNUS, DARIPADA HISYAM BIN URWAH, DARIPADA ABDULLAH BIN URWAH , DARIPADA URWAH, DARIPADA AISYAH.)


                                                         

KELEBIHAN BERSELAWAT


1  IA MERUPAKAN SALAH SATU AMALAN PALING UTAMA

2  BOLEH MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA

3  JAMINAN UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT SERTA SYAFAAT 
    NABI SAW

4  MENJADI BENTENG SIFAT MUNAFIK DAN KAFIR

5  SELAMAT DARIPADA HURU-HARA HARI KIAMAT

6  MENJADI PENYEBAB HAJAT , DOA DAN AMALAN BAIK DITERIMA ALLAH

7  TIKET UNTUK MUDAH MEMASUKI SYURGA DAN TERLEPAS DARIPADA PERHISABAN
    YANG RUMIT

8  MENGGANTIKAN SEDEKAH BAGI MEREKA YANG TIDAK MAMPU BERSEDEKAH

9  DIKASIHI OLEH NABI SAW DAN DAPAT TURUT SERTA MENDAMPINGI BAGINDA DI
    SYURGA KELAK

10 KEHIDUPAN DI DUNIA PENUH KETENANGAN DAN BAHAGIA MANAKALA DI AKHIRAT
     KELAK TERLEPAS DARIPADA SEGALA YANG MENDUKACITAKAN

Sabtu, 7 Januari 2012

MASJID....RUMAH PERTAMA KU....



"SESUNGGUHNYA YANG MEMAKMURKAN MASJID-MASJID ALLAH ITU ADALAH ORANG YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT . MEREKA MENDIRIKAN SOLAT,MENGELUARKAN ZAKAT DAN TIDAK TAKUT SELAIN DARIPADA ALLAH."
         
                                                                                                                   (surah at-Taubah,ayat 18)








"PARA MALAIKAT BERSELAWAT ( MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT) KE ATAS SESEORANG KAMU SELAGI MANA IA BERADA DI DALAM TEMPAT SOLATNYA DENGAN SYARAT IA BELUM BERHADAS (KENTUT)." 

                                                          (riwayat Bukhari)

                         
                                                                                         

PERHATIAN ! 10 KAWAN IBLIS


1   HAKIM YANG TIDAK ADIL

2   ORANG KAYA YANG SOMBONG

3   PEDAGANG YANG KHIANAT

4   ORANG PEMABUK/ PEMINUM ARAK

5   ORANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN

6   PEMILIK HARTA RIBA

7   PEMAKAN HARTA ANAK YATIM

8   ORANG YANG SELALU LENGAH DALAM MENGERJAKAN SOLAT DAN SERING
     TINGGALKAN SOLAT

9   ORANG YANG ENGGAN MEMBERIKAN ZAKAT DAN KEDEKUT

10 ORANG YANG SELALU BERANGAN-ANGAN DAN KHAYAL DENGAN TIDAK ADA FAEDAH

HEBATNYA NABI KITA..

KISAH ABU JAHAL MELARANG NABI S.A.W. SOLAT DI KAABAH

Berkata Mufasir turun ayat ke-9 hingga 19 adalah dari hal Abu Jahal yang menegah Nabi s.a.w. solat.
Suatu hari Abu Jahal bertanya kepada kaumnya: "Apakah Muhammad masih saja bersolat ( bersujud mukanya) di antaramu ?" Jawab pemuka Quraisy : " Ya." Maka ia berkata :" Demi berhala Allata wal Uzza jika aku melihat dia solat demikian akan aku pijak lehernya supaya berlumuran tanah wajahnya."


Suatu hari ketika Nabi s.a.w. bersolat di depan Kaabah.Abu Jahal berjalan untuk menginjak leher Nabi s.a.w. tetapi sebaliknya ia lari kembali dengan menutupi wajahnya dengan kedua tangannya.Kemudian ditanya oleh kaumnya :" Mengapakah engkau?" Jawabnya:" Di antaraku dengan Muhammad ada parit api dan segala yang bersayap (iaitu malaikat)."Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:" Andaikan dia hampir kepadaku nescaya akan ditangkap oleh malaikat dan dirobek anggota badannya satu persatu."
                                                                                                         (Riwayat Ibn Jarir)

BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA

Pada hari akhirat akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur. Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s berkata:" Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy : "Aku mencari 5 jenis orang iaitu: 

 - Orang yang tidak mengerjakan solat
 - Orang yang tidak mahu mengeluarkan
    zakat
 - Orang menderhakai ibu bapanya
- Orang yang suka minum arak
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid

SOLAT PENGHAPUS DOSA


Ibnu Mas`ud r.a menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :" Menjelangnya waktu solat , seorang malaikat telah ditugaskan supaya menyeru: `Hai anak Adam! Bangunlah dan padamlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu.` Manusia pun bangun, berwuduk dan bersolat zohor. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak dari terbit matahari akan terampun.Demikian diulangi pada waktu asar, magrib dan isyak.Selepas isyak manusia tidur tetapi ada golongan yang sibuk mengerjakan kebaikan dan ada golongan yang mengerjakan maksiat."

Khamis, 5 Januari 2012

MACAM MANA BOLEH BERLAKU RIYAK

PERKARA YANG BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG RIYAK (menunjuk-nunjuk) IALAH MEMPERTONTONKAN KEINDAHAN :


-  TUBUH BADAN


-  PAKAIAN


- UCAPAN PERLAKUAN

ZUHUD

             Satu corak kehidupan insan mu`min yang mengekang jiwa daripada segala rupa
  kesenangan  dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik....


                       SELAMAT BERAMAL...


            
                 TANDA-TANDA ZUHUD :


-Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu


-Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela


-Sentiasa berasa tenang ketika beribadah dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat

SIFAT-SIFAT TERPUJI MENURUT IMAM GHAZALI.

1)   TAUBAT


2)   TAKUT AKAN ALLAH SWT


3)   KASIH AKAN ALLAH SWT


4)   ZUHUD


5)   SABAR


6)   SYUKUR


7)   IKHLAS DAN BENAR


8)   TAWAKAL


9)   REDA DENGAN QADHA` ALLAH SWT


10) MENGINGATI MATI
19 Tanda Kematian yang mulia
Posted on Mei 31, 2011 by albakriah
Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh
MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad.
Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.
Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.
Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini.
Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin

Rabu, 4 Januari 2012

JAGA SYAHADAH KITA

        PERKARA YANG MENYEBABKAN SYAHADAH SESEORANG TERBATAL ATAU MURTAD

1)  Sujud/tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan keran terpaksa
2)  Menghina atau memperkecil-kecilkan yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang 
    mulia,sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis nabi, hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta larangan-Nya dan  
    sebagainya
3)  Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang 
    menyangka ia telah kafir.Atau dengan terang-terangan orang itu telah mengatakan yang dirinya telah 
    menjadi kafir atau keluar daripad Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiari ( pilihan sendiri ,bukan
    paksaan).
4)  Perbuatan- perbuatan  lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang 
    wajib itu sebaliknya, begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah
    ayat 217:

        " Sesiapa yang murtad antara kamu  daripada agamanya  ( Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu    maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan  menjadi penunggu  neraka dan  kekal di dalamnya buat selama-lamanya."
  

    
  


ISLAM AGAMA YANG SEJAHTERA UNTUK SEMUA

APA ITU ISLAM?

-Tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.


                           KEISTIMEWAAN ISLAM:

-Memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau aqidah kepada Zat Allah Yang Maha Esa
-Menghapuskan kepercayaan kepadayang lain selain Allah
-Mengatur cara beribadat kepada Allah
-Mengatur cara-cara perhubungankehidupan manusia
-Mengatur hukum-hukum keseksaan/jenayah yang sesuai dengan manusia
-Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan
-Mempertinggi akhlak manusia
-Mengatur hukum-hukum yang behubung dengan kebendaan

AWAS ! TANDA-TANDA MUNAFIQ

APA MAKNA MUNAFIQ? 


   BAHASA: Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar
   SYARAK: Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan di dalam hati


APA TANDA-TANDA MUNAFIQ?


1) IMAN TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH


Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.


2) TINDAK-TANDUK YANG SENTIASA BERUBAH


Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.


3) TIDAK TETAP KATA


Dia sentiasa mengubah pendiriannya.Sewaktu bersama dengan orang mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan mengatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang mukmin,secara senyap, dia akan menghina Islam.


4) SENTIASA MENGHARAPKAN KEBAIKAANNYA DIBALAS


Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan  balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.


5) JIWANYA TIDAK TENTERAM


Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.


6) MENJADIKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT HIDUP


Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.


                Allah berfirman (maksudnya): " Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka" 
                                                                            
                                             ( surah an-Nisa`:145)