Subhanallah

Ahad, 8 Julai 2012

ANTARA INDIVIDU YANG MUSTAJAB DOA

1) seorang muslim yang mendoakan saudaranya

"doa seorang mukmin buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab.atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata: `Amin, dan buatmu juga seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya)." (riwayat Muslim)

2) orang berpuasa

3) pemimpin yang adil

"tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.") (riwayat al-Tirmizi)

4) orang yang dizalimi

"doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri." (riwayat Ahmad)

5) ibu bapa

6) musafir
"tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya." ( riwayat al-Tirmizi)

7) si anak yang berdoa buat ibu bapanya
"Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga.hamba itu bertanya,"wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh daat semua ini?.Allah menjawab : "dengan istigfar oleh anakmu untukmu!"

8) mujahid di jalan Allah


1 ulasan: