Subhanallah

Jumaat, 26 Ogos 2011

HIDAYAH ISLAM
Muhamad al-Mahdi

Muhamad al-Mahdi,seorang professor dalam psikologi dari Amerika Syarikat pada mulanya adalah seorang ateis.Muhamad al-Mahdi telah manganut agama Islam dan kini menjadi seorang da`I yang gigih berdakwah.Beliau ketika ini melibatkan diri dalam satu institusi dakwah yang bernama Institut Khalifah yang berpusat di Kuala Lumpur dan aktif member ceramah dan syarahan kepada masyarakat.
Dr.Jefry Lang
Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik di University of Kansas,Amerika Syarikat.beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga Katholik di Bridgeport,Connicticut.Selama 18 tahun beliau menuntut di sekolah Katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agama Kristian tidak memuaskan hati beliau.Menjelang umurnya18 tahun beliau telah menjadi seorang ateis.”Sekiranya ada Tuhan dan Dia amat mengasihani mengapakah wujud penderitaan di dalam dunia ini”.Itulah soalan yang sering muncul dibenaknya ketika itu.Sebagai seorang pensyarahmuda dalam bidang matematik di University of  San Francisco,beliau telah menemui Tuhan sebagai satu reality.Perkara tersebuttelah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama Islam di universiti.Seorang rakannya telah memberikan kepada beliau senaskhah al-Qurandan beberapa buah buku mengenai agama Islam.Beliau telah membaca al-Quransecara sendirian dan beliau telahterpesona oleh al-Quran.Menurut beliau,dua surah yang pertama yang telah dibacanya adalah sangat menarik hati.Apabila ditanya mengapakah dia tertarik dengan al-Quran sedangkan al-Quran adalah dalam bahasa Arabyang asing baginya beliau berkata”Pelukis mampu menyebabkan mata sebuah portrait seakan-akan mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain,tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?”.”Setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemuo jawapannya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang al-Quran membaca pemikiranku” kata Lang.Kepada pertanyaan mengapa beliau mendapati bahwa al-Quran sungguh menawan baginya sedangkan ia ditulis dalam bahasa Arab,Lang menjawag,”Mengapa seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya?” Beliau berkata membaca al-Quran dapat member ketenangan jiwa kepadanya dan kekuatan dalam saat-saat beliau menghadapi kesusahan.kini Dr. Jefry Lang terus melaksanakan tugas sebagai seorang da`I dengan menulis berbagai-bagai tajuk buku dan menyampaikan kuliah Islam.Antara buku karangannya ialah`Even Angels ask,A journey to Islam.Dalam buku tersebut Dr. Lang berkongsi dengan para pembacanya pandangan-pandangan yang telah membawanya kepada penemuan Islam dan peningkatannya dalam beragama  Islam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan