Subhanallah

Khamis, 25 Ogos 2011

KENAPA DOSA MENJADI PILIHAN ???

10 Tanda Hati Mati

Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :

  • 1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.
  • 2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.
  • 3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.
  • 4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
  • 5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
  • 6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • 7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.
  • 8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • 9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • 10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan